awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dicaj RM1,260, isteri Mawi terkejut harga makanan 'cekik darah'

Sinar Harian
Sinar Harian
04/10/2023
09:42 MYT
Dicaj RM1,260, isteri Mawi terkejut harga makanan 'cekik darah'
Menurut Ekin, sebagai anak jati Johor Bahru, sudah menjadi kelazimannya menjamu selera di medan selera tersebut, tetapi di sebuah kedai berbeza. - Foto IG Ekin Rahmat
ISTERI kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi iaitu Ekin Rahmat terkejut apabila dicaj RM1,260 untuk hidangan makanan laut di sebuah medan selera di Johor Bahru (JB).
Jelas Ekin atau nama penuhnya Nora’ Asikin Rahmat, sebagai anak jati Johor Bahru, sudah menjadi kelazimannya menjamu selera di medan selera tersebut, tetapi di sebuah kedai berbeza.
"Saya orang JB, jadi selalu balik JB dan akan cari makanan yang kami teringin nak makan.
"Kami selalu makan di kedai JDT di sebelah, tetapi pada hari kejadian ikan di kedai tersebut sudah habis," jelasnya.
Tambah Ekin, bukan semua kedai di medan selera terbabit mengenakan caj yang mahal dan ini merupakan pengalaman pertama kali dia serta keluarga menjamu selera di kedai tersebut.
"Kedai JDT harga memang berpatutan dan sedap, bukan semua kedai di situ cekik darah. Kedai ini pertama kali kami makan sebab tak ada pilihan lain dan ini yang terjadi," ujarnya.
Dalam hantaran di akaun Instagramnya Ekin turut berkongsi gambar resit dan jumlah caj yang dikenakan.
"Paling best resit dia baca 100 kali pun tak faham macam tulisan doktor ya," tulisnya yang turut menandakan akaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Pengikut Instagram yang pernah melalui pengalaman sama menjelaskan pemilik kedai makan terbabit meletakkan harga tinggi kerana menyasarkan pelancong dari Singapura sebagai pelanggan utama.
Difahamkan isu ini sudah sampai ke pengetahuan KPDN dan siasatan sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#Mawi
#Ekin Rahmat
#harga makan mahal
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan