SEMENYIH: Tindakan sekumpulan lelaki memunggah guni berisi rokok seludup bernilai RM1.1 juta dari dalam sebuah lori di tepi jalan di Bandar Rinching di sini pada Sabtu hanya memakan diri apabila diberkas polis.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, kegiatan itu dikesan sepasukan anggota dari Batalion 4 PGA kira-kira jam 8.30 pagi.
Menurutnya, empat lelaki terdiri daripada tiga warga tempatan dan seorang warga asing telah ditahan berserta rampasan 6,200 karton rokok bernilai RM1.1 juta termasuk nilai cukai.
"Semasa serbuan, suspek terbabit dikesan sedang memunggah rokok terbabit dari dalam lori ke dalam dua buah kereta.
"Dipercayai rokok itu diambil di Klang menggunakan lori terbabit sebelum diedarkan di sekitar Semenyih dan Kajang," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kegiatan itu telah aktif sejak setahun.
Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 34 hingga 47 tahun yang berperanan sebagai pemandu, kelindan serta penerima telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63," ujarnya.
Tegasnya, pihaknya menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 22 2022

Rokok seludup bernilai RM1.1 juta termasuk nilai cukai dirampas dalam serbuan di tepi jalan di Bandar Rinching, Semenyih pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

Dikritik nyanyi 'tidak kesampaian', Ning Baizura hargai kata-kata semangat daripada Siti Nurhaliza
Siti yang terlihat sama dalam video yang dikongsi Ning berkata dia juga pernah mengalami situasi yang sama dengan penyanyi bersuara soprano itu.

Messi terlepas trofi Ballon d'Or
Messi terlepas trofi Ballon d'Or

Pusat tahfiz ditutup sementara, pelajar dan guru dibenar pulang
Difahamkan, 25 pelajar, majoriti dari Lipis dan Gua Musang, berserta tiga tenaga pengajar, dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Aubameyang bukan jenis pemain bawa pengaruh buruk, kata Tuchel
The Blues telah dikaitkan dengan perpindahan Aubameyang selepas Tuchel mengakui bahawa mereka sedia mempertimbangkan pemain baru.

Masih berdegil, 15 dikompaun RM1,000 buang sampah haram - Datuk Bandar
Datuk Bandar berkata pihaknya tegas dalam melaksanakan kompaun itu, dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Pelakon Anne Heche diisytihar meninggal dunia
Heche, 53, sebelum ini berada dalam keadaan koma susulan nahas pada 5 Ogos lalu yang menyebabkan kecederaan otak yang serius.

RM40 juta kos selenggara di Cameron Highlands - TNB
Kos tersebut antara yang tertinggi berbanding negeri lain ekoran masalah bahan buangan di kawasan itu adalah yang paling teruk.

KDNK | Pertumbuhan KDNK suku kedua Malaysia 8.9 peratus
Ketua Jabatan Ekonomi dan Penyelidikan KWSP Dr Afzanizam Rashid menjelaskan, ini menunjukkan dasar-dasar kerajaan sebelum ini memberi kesan yang diharapkan rakyat setelah kegiataan ekonomi dibuka dengan baik serta pembukaan sempadan negara yang disokong oleh pasaran buruh yang semakin baik. Angka perbelanjaan pengguna juga dilihat melonjak kepada 18.3 peratus, memberi gambaran ekonomi domestik berada didalam keadaan yang baik.

Pergaduhan Kartel | 11 maut termasuk orang awam
Seramai 11 orang maut, termasuk orang awam dalam kejadian rusuhan kartel yang bermula di dalam penjara sebelum merebak ke jalan-jalan di Ciudad Juarez, Mexico City pada Jumaat. Menurut Timbalan Setiausaha Keselamatan Kerajaan, Ricardo Mejia Berdeja, keganasan tercetus di dalam penjara negeri apabila ahli kartel dadah Mexicles menyerang ahli Chapos pada tengahari.

Ribut | Peruntukan RM1 juta baiki kerosakan rumah
Seramai 93 mangsa daripada 22 keluarga yang terbabit insiden ribut di Rumah Pangsa Ros Merah di Taman Johor Jaya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya. Kerajaan Johor sedang berusaha mendapatkan bantuan bagi membaik pulih kerosakan yang dianggar melibatkan kos RM1 juta.

Dicekup ketika punggah rokok seludup RM1.1 juta
Dicekup ketika punggah rokok seludup RM1.1 juta