awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didakwa ada kekasih gelap, bapa mati ditikam anak

Bernama
Bernama
17/01/2018
13:49 MYT
Didakwa ada kekasih gelap, bapa mati ditikam anak
Mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan akibat tikaman di dada kiri.
Seorang lelaki mati dipercayai ditikam anak remajanya yang dikatakan mendapat tahu bapa kandungnya mempunyai wanita simpanan dalam kejadian di sebuah rumah teres dua tingkat di Skudai, kira-kira 15km dari sini, hari ini.
Mangsa, seorang penganggur berusia 45 tahun, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan akibat tikaman di dada kiri di ruang tamu kediamannya pada kira-kira pukul 11 pagi.
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Noor Hashim Mohamad berkata polis menahan anak lelaki mangsa berusia 17 tahun, isteri mangsa berusia 40 tahun dan rakan anak mereka di sekitar taman perumahan itu.
Beliau berkata polis sedang memburu seorang lagi rakan anak lelaki mangsa bagi membantu siasatan.
"Motif kejadian dipercayai akibat isteri yang cemburu kerana mangsa dikatakan mempunyai wanita simpanan," katanya dalam kenyataan di sini.
Noor Hashim berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam.
Menurutnya, siasatan awal, terdapat titisan darah dari bilik utama hingga tempat mangsa ditemukan.
"Mangsa dipercayai tidur di bilik utama dan terdapat kesan pergelutan di bilik utama di mana rak baju terjatuh dan katil berselerak selain tiada barang yang hilang dan tidak ada kesan pecah rumah," katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak
#anak bunuh bapa
#Hospital
#mangsa
#mati
#polis
#remaja
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan