KOTA BHARU: Seorang pemandu jentera berat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan termasuk merogol seorang remaja perempuan dan menyebar gambar porno mangsa kepada bapa gadis itu pada April lalu.
Tertuduh, Muhammad Naziman Rosdi, 20, didakwa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Pada pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan tersebut yang ketika itu berusia 15 tahun lima bulan di dalam semak tepi Pantai Kemasin, Bachok, pada jam 3 petang pada 14 Mei tahun lalu.
Bagi tuduhan itu, pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Naziman didakwa mengedar gambar pornografi milik mangsa kepada bapa remaja itu yang berusia 36 tahun di sebuah rumah di Kampung Telok Merbau, Perupok, Bachok pada jam 2.30 petang pada 11 April lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan tiga sebatan jika sabit kesalahan.
Muhammad Naziman turut menghadapi pertuduhan ketika iaitu memiliki video pornografi kanak-kanak di dalam telefon bimbitnya semasa berada di dalam Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok jam 8.30 malam, pada 13 April lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Muhammad Naziman dalam rayuannya memohon mahkamah membenarkan ikat jamin diberikan kepadanya.
Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Bachok pada setiap bulan.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula 24 Mei depan.
Tertuduh tidak membayar jaminan tersebut.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Apr 21 2022
Tertuduh (kiri) dikawal polis keluar dari bilik Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan membabitkan jenayah seksual. - Foto Sinar Harian
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Fantasi 'Darkside' media sosial, demi wang ringgit sanggup gadai moral
Antara punca pembabitan dalam dunia akaun Darkside itu adalah disebabkan ketagihan pornografi sejak di bangku sekolah.
Doktor didakwa hasilkan pornografi, amang seksual terhadap pesakit kanak-kanak
Tertuduh memohon untuk dibicarakan selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan hakim.
Elak ketagihan pornografi: Ibu bapa perlu terbuka didik anak tentang seks
Ibu bapa perlu lebih terbuka dalam mendidik mengenai seks bagi mengurangkan potensi anak mereka mencari maklumat menerusi bahan pornografi.
Kanak-kanak sembilan tahun kes termuda lahir anak luar nikah
Negara mencatatkan kes termuda kelahiran anak luar nikah membabitkan kanak-kanak perempuan sembilan tahun.
Mahkamah Rayuan perintah remaja jalani 100 jam khidmat masyarakat
Seorang remaja lelaki yang mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan berkaitan seks diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan hari ini supaya menjalani perintah khidmat masyarakat selama 100 jam.
25 Mei keputusan rayuan remaja terhadap perintah dihantar ke Henry Gurney
Remaja itu juga didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, yang bertindak sebagai Mahkamah Kanak-Kanak, atas pertuduhan amang seksual.
KPWKM ambil tindakan tegas sekat laman web pornografi
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bertindak tegas menyekat laman sesawang pornografi secara menyeluruh dalam usaha membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Belanjawan 2023: Pasukan khas PDRM banteras pornografi kanak-kanak ditubuh
Sebuah pasukan khas di bawah D11, Polis Diraja Malaysia akan ditubuhkan bagi membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.
Dadah, pornografi punca sumbang mahram tinggi di Kelantan
Masyarakat perlu gusar dan gerun dengan situasi ini, kata Dr Dasmawati Mohamad.
400 laman sesawang pedofilia, pornografi kanak-kanak disekat sehingga Ogos
Sebanyak 400 laman sesawang berkaitan pedofilia dan pornografi kanak-kanak telah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) setakat Ogos lepas.