awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM ambil tindakan tegas sekat laman web pornografi

Bernama
Bernama
17/03/2023
10:55 MYT
KPWKM ambil tindakan tegas sekat laman web pornografi
KPWKM akan bertindak tegas menyekat laman sesawang pornografi secara menyeluruh dalam usaha membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak. -Gambar hiasan
KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bertindak tegas menyekat laman sesawang pornografi secara menyeluruh dalam usaha membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Timbalan Menterinya Aiman Athirah Sabu berkata masyarakat perlu sedar dan memberi perhatian terhadap masalah jenayah seksual kanak-kanak itu yang berlaku antaranya disebabkan pengaruh media sosial serta penggunaan Internet tidak terkawal terutama membabitkan laman sesawang pornografi.
"Tindakan tegas perlu dilakukan untuk menyekat terus talian yang bersifat pornografi memandangkan laman sesawang ini boleh diakses pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Hari Wanita Antarabangsa (HAWA) Kelantan 2023 di Tunjong di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan semalam yang menyatakan kes jenayah termasuk seksual membabitkan kanak-kanak dan wanita di negara ini meningkat iaitu sebanyak12,890 kes tahun lalu berbanding 11,092 kes pada 2020.
Aiman Athirah berkata masalah tersebut sukar dibendung kerana masyarakat mudah terdedah dengan bahan-bahan pornografi melalui telefon bimbit, televisyen dan siaran yang memberi laluan bagi kesalahan terbabit.
"Untuk itu, KPWKM telah menjalankan kerjasama dengan beberapa agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
"Kementerian akan terus meneliti ruang dan faktor-faktor yang boleh membawa kepada jenayah tersebut, dan ia perlu ditangani secara bersama-sama melibatkan semua pihak," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#sekat laman sesawang
#Aiman Athirah Sabu
#pornografi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan