awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Digital serumpun: Malaysia-Indonesia jalin kerjasama strategik

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
21/03/2023
04:24 MYT
Digital serumpun: Malaysia-Indonesia jalin kerjasama strategik
Fauziah dan Sandiaga di majlis tandatangan MoC yang berlangsung di kota Jakarta pada Isnin. - Sumber foto JnJ Management Consultants
KUALA LUMPUR: JNJ Management Consultants menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan OK OCE dari Indonesia dalam mewujudkan 'digital serumpun'.
Ia merupakan sebuah platform bagi merancakkan perkembangan industri keusahawanan tempatan melalui jaringan utuh dengan negara jiran tersebut.
Majlis tandatangan MoC itu disempurnakan oleh Fauziah Husain selaku Ketua Pegawai Eksekutif JNJ Group manakala OK OCE diwakili oleh Iim Rusyamsi selaku Ketua Umum.
Ia disaksikan oleh Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Salahuddin Uno di pejabatnya di Jakarta, pada isnin.
Menurut Fauziah, ideanya adalah untuk membentuk komuniti digital antara dua negara ini, di mana keduanya mendapat akses kepada sumber kepakaran serta infrastruktur bagi membantu perkembangan usahawan tempatan dalam merintis perniagaan masing-masing.
"Kita akan aturkan sesi siri dialog antara Malaysia dan Indonesia mengetengahkan tokoh usahawan dan gerakan sosial untuk bertukar idea platform, bincang ruang dan peluang yang boleh dihasilkan daripadanya untuk perkasakan usahawan melalui kerjasama ini.
Digital Serumpun | Malaysia-Indonesia jalin kerjasama strategik
"Kita juga akan menubuhkan juga platform digital serumpun hasil integrasi OK OCE dan usaha-usaha JNJ Malaysia," tambahnya.
Sandiaga turut berpandangan kerjasama antara keduanya berkesinambungan dengan lawatan kerjanya di Kuala Lumpur, minggu lalu.
"Pertama, membantunya dari segi latihan pendampingan, kedua dari segi akses pembiayaan.
"Tapi yang paling penting adalah pemasaran dan pengurusan yang harus kita berikan sokongan supaya boleh naik peringkat yang lebih tinggi dengan potensi yang sangat besar, komuniti seramai lebih 300 juta yang boleh kita kembangkan ke luar pasaran Asean," katanya.
Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri, JNJ group merupakan syarikat perunding swasta yang bertanggungjawab membimbing usahawan serta syarikat tempatan untuk berkembang dan berdaya saing menghadapi cabaran di era digital dalam mencapai objektif akhir sesebuah perniagaan.
Sehingga kini, JNJ telah membimbing hampir 150,000 usahawan tempatan mengembangkan perniagaan.
OK OCE yang diasaskan Sandiaga ketika beliau menyandang jawatan sebagai Wakil Gubernur Jakarta pada tahun 2017, ia merupakan satu gerakan sosial yang mencipta peluang pekerjaan serta perniagaan mikro menyasarkan penglibatan generasi muda Indonesia.
Topic Berkaitan
#JNJ Group
#OK OCE
#Digital serumpun
#Sandiaga Uno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan