awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Dik Boy' kaki curi sport rim ditahan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/03/2021
12:25 MYT
'Dik Boy' kaki curi sport rim ditahan
Polis berjaya menangkap seorang lelaki berusia 30 tahun tahun yang dipercayai Dik Boy. - Foto ihsan PDRM
KULIM: Pantang melihat 'sport rim' cantik dan mahal, semua akan dikebasnya.
Namum kegiatan ‘Dik Boy’ yang bergiat aktif mencuri rim aloi kereta di sekitar kawasan Kulim Hi-Tech dan Sungai Kob, tumpas apabila ditahan sepasukan polis dari Unit Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kulim, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, serbuan yang dilakukan jam 11 pagi di Taman Mutiara, Sungai Kob berjaya menangkap seorang lelaki berusia 30 tahun tahun yang dipercayai Dik Boy.
“Dalam serbuan itu, pihak polis turut berjaya merampas sport rim yang dicuri yang telah dipasang pada kereta milik suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azhar berkata, hasil siasatan mendapati suspek telah melakukan lebih daripada tujuh kes kecurian rim aloi kereta.
“Turut ditemui sebuah kereta bersama sport rim yang dilaporkan hilang awal Mac lalu.
“Suspek menggunakan hasil daripada aktiviti jenayah ini untuk membeli bekalan dadah jenis syabu,” katanya.
Hasil semakan rekod mendapati, suspek mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau melibatkan jenayah curi, pecah rumah dan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Kesiksaan kerana mencuri kenderaan, dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Suspek bergerak secara bersendirian pada lewat malam dan akan mensasarkan kereta yang diletakkan di kawasan luar pagar rumah.
“Suspek kemudian akan meletakkan batu bata sebagai pelapik kenderaan selepas mencuri sport rim,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#dik boy
#curi sport rim
#Kulim Hi-Tech
#Sungai Kob
#IPD Kulim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan