awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dikatakan terlalu kurus hingga nampak seperti sakit, ini respons Fasha Sandha

Gempak
Gempak
30/06/2023
11:22 MYT
Dikatakan terlalu kurus hingga nampak seperti sakit, ini respons Fasha Sandha
Fasha meluahkan rasa syukur masih diberikan kesihatan yang baik namun hatinya tergores disebabkan orang asyik mengatakan dirinya sakit. -Gempak
PENAMPILAN pelakon cantik Fasha Sandha yang kini semakin langsing menjadi perhatian netizen di laman sosial yang rata-ratanya memuji aktres itu pandai menjaga bentuk badan.
Bagaimanapun terdapat seorang netizen yang menganggap Fasha semakin kurus dan menyebabkan aktres itu kelihatan seperti sakit.
“Kenapa kurus sangat? Nampak macam sakit pula,” komen netizen.
Tampil membidas komen tersebut, Fasha meluahkan rasa syukur masih diberikan kesihatan yang baik namun hatinya tergores disebabkan orang asyik mengatakan dirinya sakit.
“Tak sakit pun. Tapi hati agak sakit bila hari-hari orang asyik kata saya sakit. Alhamdulillah saya sihat,” balas Fasha menerusi laman TikTok miliknya.
Rata-rata netizen meminta Fasha untuk tidak menghiraukan komen tersebut selain memuji aktres berusia 39 tahun itu yang kini kelihatan lebih cantik dan awet muda.
“Dah kurus nampak muda gila… lawa teruk.
“Tak nampak sakit pun, nampak kurus dan cantik… idaman para mak-mak.
“Pedulikan… saya pun nak kurus macam ini nanti. Senang nak bergerak dan beribadah.
“Kenapa kalau orang berisi tiba-tiba kurus orang kata sakit. Padahal kita berseri saja,” komen netizen.
Terdahulu, Fasha mengakui bukan mudah untuk menurunkan berat badan, namun dia berjaya membuang sehingga 10 kilogram selepas menimang cahaya mata ketiga.
Menurut Fasha, setiap hari dia hanya makan ikan sahaja dan tidak menyentuh daging serta ayam manakala, pada hari minggu dia akan makan sepuas hati. -Gempak
Topic Berkaitan
#Fasha Sandha
#semakin langsing
#Nampak macam sakit
#pelakon cantik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan