KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki menyerang ibu dan abangnya dengan parang selepas dilarang berkawan dengan teman wanitanya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata remaja terbabit ditahan kira-kira 7 malam, Rabu lepas (15 Nov) dan polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Beliau berkata dalam kejadian di sebuah rumah di Pandan Jaya, Ampang di sini pada 1 Nov lepas, remaja terbabit mencederakan kaki kiri abangnya yang berusia 26 tahun dengan menggunakan parang berukuran 25 inci panjang selain mengejar ibunya sehingga wanita terbabit terpaksa melarikan diri ke rumah jiran.
"Semakan mendapati remaja yang tidak bekerja itu mempunyai lima rekod kes jenayah dan dadah namun ujian saringan air kencing adalah negatif," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya remaja itu direman empat hari bermula 16 Nov hingga hari ini mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan ugutan jenayah.
Sementara itu, lima lelaki berusia 24 hingga 26 tahun ditahan pada 10.05 pagi Rabu lepas kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah dan melarikan wang tunai kira-kira RM400 dan topi keledar di sebuah rumah kedai di Taman Ampang Mewah dekat sini.
Mohd Azam berkata siasatan awal mendapati, sebelum kejadian pecah masuk kira-kira 4.30 pagi itu, kesemua suspek yang dalam keadaan mabuk turut memukul dua lelaki warga Myanmar di bawah rumah kedai tersebut.
Kesemua suspek ditahan reman tujuh hari bermula 16 hingga 22 Nov ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki menyerang ibu dan abangnya dengan parang selepas dilarang berkawan dengan teman wanitanya. - Gambar hiasan
Thailand ambil langkah lebih tegas penggunaan kanabis
Perdana Menteri ThailandĀ Srettha ThavisinĀ telah mengarahkan agensi kerajaan untuk mengambil langkah yang lebih tegas terhadap dadah, khususnya kanabis.
Srettha berkata bahawa masalah dadah adalah agenda nasional yang memerlukan kerjasama semua agensi untuk membanteras dadah.
Srettha berkata bahawa masalah dadah adalah agenda nasional yang memerlukan kerjasama semua agensi untuk membanteras dadah.
British bantu Gaza, laksana 'airdrop' ke-11
Bantuan udara oleh British dan negara Arab yang melalui Jordan merupakan bantuan menyelamat penduduk gaza.
komander tentera British, Peter Squires berkata bantuan berkenaan bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan yang ditutup oleh Israel menyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan.
komander tentera British, Peter Squires berkata bantuan berkenaan bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan yang ditutup oleh Israel menyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan.
Serangan kapel terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Susulan peningkatan serangan Israel ke atas bandar rafah, di mana lebih sejuta penduduk palestin berlindung.
Pemimpin Houthi, Abdul-Malik al-Houthi, berkata kumpulan itu akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
Pemimpin Houthi, Abdul-Malik al-Houthi, berkata kumpulan itu akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
Laluan udara baharu hubungkan Nanjing, Kuala Lumpur
Penerbangan pergi dijadual berlepas pada 10.50 malam dan mendarat di Kuala Lumpur pada pukul 4.40 petang waktu tempatan hari berikutnya.
Jika AS henti bantuan, kami akan lawan sendiri - PM Israel
Kami bersedia berlawan menggunakan jari dan tangan sendiri.
Kenyataan itu dikeluarkan, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang menyangkal ikrar Presiden Amerika Syarikat Joe Biden untuk menghentikan bekalan senjata ke Israel jika mereka menyerang Rafah.
Kenyataan itu dikeluarkan, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang menyangkal ikrar Presiden Amerika Syarikat Joe Biden untuk menghentikan bekalan senjata ke Israel jika mereka menyerang Rafah.
Insiden timpa Faisal Halim dapat perhatian Tengku Muda Pahang
Ia sebagai mengenang jasa Faisal Halim yang pernah bernaung di bawah pasukan itu sebelum berhijrah mewakilI pasukan Terengganu.
Makanan, destinasi pelancongan Malaysia dipromosi di Universiti Islam Madinah
Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (Persada) cawangan Universiti Islam Madinah mengambil kesempatan mempromosikan budaya, makanan, destinasi pelancongan dan institusi pendidikan Malaysia.
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
Dilarang berkawan dengan teman wanita, remaja serang ibu dan abang guna parang
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki menyerang ibu dan abangnya dengan parang selepas dilarang berkawan dengan teman wanitanya.