awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan udara baharu hubungkan Nanjing, Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
09/05/2024
23:30 MYT
Laluan udara baharu hubungkan Nanjing, Kuala Lumpur
Perkhidmatan penerbangan baharu China Eastern Airlines dibuka berikutan kebangkitan semula pelancongan antarabangsa dengan China merupakan satu daripada sumber pelancong terbesar ke Malaysia selama beberapa tahun. - Foto China Eastern Airlines
NANJING: China Eastern Airlines mengumumkan pelancaran perkhidmatan penerbangan penumpang harian mulai 30 Jun ini menghubungkan Nanjing, ibu negeri Wilayah Jiangsu dengan Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, lapor Xinhua.
Penerbangan pergi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lukou Nanjing dijadualkan berlepas pada 10.50 malam dan mendarat di Kuala Lumpur pada pukul 4.40 petang waktu tempatan hari berikutnya.
Penerbangan balik dari Kuala Lumpur berlepas pada 5.50 petang dan tiba di Nanjing pada pukul 11.35 pagi hari sama.
Perkhidmatan penerbangan baharu itu dibuka berikutan kebangkitan semula pelancongan antarabangsa dengan China merupakan satu daripada sumber pelancong terbesar ke Malaysia selama beberapa tahun.
Malaysia telah memberikan pelancong China visa kemasukan percuma untuk 30 hari Sejak 1 Dis 2023.
Semasa cuti lima hari Hari Mei baru-baru ini, penerbangan pulang dan jumlah penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Lukou Nanjing meningkat 79.2 peratus dan 89.5 peratus tahun ke tahun, masing-masing dengan sebahagian besar kemasukan daripadanya dari Asia Tenggara.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#China Eastern Airlines
#Nanjing
#penerbangan penumpang
#perkhidmatan penerbangan harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan