awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden timpa Faisal Halim dapat perhatian Tengku Muda Pahang

Bernama
Bernama
09/05/2024
23:20 MYT
Insiden timpa Faisal Halim dapat perhatian Tengku Muda Pahang
Tengku Muda Pahang dan seluruh warga Sri Pahang FC menzahirkan dukacita atas musibah menimpa Akhyar Rashid dan Faisal Halim dan mendoakan kedua-duanya diberi kesembuhan dan kekuatan. - Facebook Sri Pahang FC
SHAH ALAM: Insiden buruk menimpa pemain sensasi skuad Harimau Malaya Faisal Halim jelas merentap hati segenap keluarga bola sepak tanah air selepas beberapa individu hadir memberikan sokongan kepadanya di sebuah hopital swasta tempat beliau mendapatkan rawatan di sini.
lndividu penting dalam arena bola sepak antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC Datuk Mohamed Suffian Awang ketika ditemui berkata ia sebagai mengenang jasa Faisal Halim yang pernah bernaung di bawah pasukan itu sebelum berhijrah mewakilI pasukan Terengganu.
"Mengenang titah daripada pemilik Sri Pahang FC Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah kami asuh dia sewaktu berumur 17 tahun sehingga ke satu peringkat yang terbaik.
"Apatah lagi Tengku Muda sangat menyayangi beliau sebagai pemain Sri Pahang dahulu jadi dia menitahkan kami untuk melawat beliau," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Mengulas lanjut rombongan lawatan turut disertai pengurus pasukan Sri Pahang Datuk Dollah Salleh berkata bagaimanapun pihaknya tidak bersua muka secara terus dan hanya sempat berkomunikasi menerusi panggilan video yang memaparkan keadaan Faisal Halim di tahap yang baik.
"Kita dapat lihat dia mempunyai semangat yang kuat biarpun berada dalam keadaan sakit dan lemah namun saya yakin dia akan lebih positif.
"Yang penting pada saya, kita sebagai komuniti bola sepak, kita sekeluarga dan menzahirkan simpati, doa dan kata semangat kepada beliau terus menempuh cabaran-cabaran supaya proses rehabilitasi dan perkembangan dia semakin hari semakin baik," katanya.
Terdahulu, Faisal Halim yang turut dikenali sebagai Mickey dilaporkan memasuki fasa pemulihan baharu iaitu rawatan rekonstruktif yang melibatkan pembaikan dan pemulihan struktur badan.
Beliau difahamkan sedang menjalani proses pembedahan seterusnya selepas dua pembedahan dilalui sebelum ini.
Ahad lepas, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal Halim cedera akibat disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Muda Pahang
#Faisal Halim
#Sri Pahang FC
#Mohamed Suffian Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan