awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dilema peniaga Pasar Satok

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2012
23:36 MYT
Dilema peniaga Pasar Satok
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mencari rezeki hampir 20 tahun.
Itu antara dilema peniaga Pasar Satok Kuching yang terpaksa berpindah ke tempat baru di Medan Niaga Satok, Kubah Ria awal tahun depan.
Walaupun sukar, mereka terpaksa akur demi masa depan lebih terjamin.
Inilah tempat peniaga mencari rezeki.
Pasar Satok menyimpan banyak sejarah dan kenangan tersendiri.
Malah ia menjadi antara tarikan penting bandar Kuching terutamanya kepada pelancong asing.
Ada juga berpendapat perpindahan ke tempat baru amat dinantikan kerana ia menjanjikan kawasan perniagaan lebih tersusun, bersih dan selesa.
Menurut peniaga sayuran segar di pasar tersebut, Lim Lian Ahwa, “Kemudahan yang disediakan lebih selesa, sebab disini agak kurang selesa. Aspek kebersihan kurang memuaskan dan mungkin apabila berpindah nampaknya memang sesuai sebagai tempat untuk berniaga.”
Jaapar Sulaiman, pengusaha ikan terubok masin berkata, “Tempat baru memang istimewa kerana semuanya lengkap, memuaskan, cantik dan menarik untuk semua pengunjung dari seluruh Malaysia. Lagipun sewanya murah dan memuaskan.”
Mereka berharap lokasi baru Pasar Satok akan memberi nilai tambah baru kepada identiti bandaraya Kuching.
Medan Niaga Satok menempatkan lima kompleks utama membabitkan pentadbiran, pasar tani, pasar basah dan kering, plaza dan kafeteria serta medan selera.
Ia turut dilengkapi jeti untuk pendaratan bot peraih ikan.
Topic Berkaitan
#Kuching
#medan niaga satok
#Pasar Satok
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan