awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dipenjara 13 tahun, 5 sebatan, rogol, liwat 2 adik angkat masih kecil

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
02/12/2020
08:43 MYT
Dipenjara 13 tahun, 5 sebatan, rogol, liwat 2 adik angkat masih kecil
Mahkamah mengarahkan hukuman berjalan secara berasingan bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 26 Oktober lalu. -Gambar/ Astro AWANI
KUALA TERENGGANU:Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun serta lima sebatan atas pertuduhan merogol dan meliwat dua adik angkatnya, masing-masing berusia 10 dan lapan tahun, Ogos serta September lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman, membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 26 tahun mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan pertama, dia merogol seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus pada jam 12 tengah malam, 31 Ogos lalu.
Selain itu tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap adik lelaki mangsa pertama itu yang berusia lapan tahun dengan meliwatnya di lokasi sama, kira-kira jam 2 petang, 16 September lalu.
Berikutan itu, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan merogol, manakala tiga tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan meliwat.
Mahkamah mengarahkan hukuman berjalan secara berasingan bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 26 Oktober lalu.
Selain itu, tertuduh turut diarahkan berada dalam pengawasan polis selama setahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#rogol
#liwat
#adik angkat
#terengganu
#mahkamah
#hukuman penjara
#sebatan
#Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu
#Kuala Nerus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan