Gara-gara menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di tempat awam, seorang buruh dipenjara 14 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Saifulakmal Said menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Ali Tampil, 22, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menunjukkan kemaluannya kepada Maxine Ng Mei Cheng, 23, seorang pereka grafik, di hadapan Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Dang Wangi di sini, pukul 7.40 malam, pada 1 Jun lepas.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang berasal dari Sabah itu menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Dia tidak membayar denda tersebut.
Tertuduh yang tidak diwakili didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Menurut fakta kes, pada hari kejadian Mohd Ali mendekati Ng yang ketika itu berseorangan menunggu sepupunya di perkarangan pusat beli-belah itu dan bertindak menyentuh bahu mangsa tetapi tidak dipedulikannya.
Setelah dia menyentuh bahu mangsa untuk kali kedua, wanita itu toleh ke belakang dan melihat tertuduh senyum sambil menunjukkan kemaluannya.
Mangsa yang terperanjat terus melarikan diri dan orang ramai yang menyedari kejadian itu berjaya menangkap tertuduh.
Ketika rayuan, Mohd Ali memohon hukuman berbentuk denda atas alasan dia mengalami tekanan perasaan di tempat kerja selain menyesal dan memohon mahkamah memberi peluang kedua kepadanya untuk berubah.
Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara dan denda dengan mengambil kira tindakan tertuduh telah menyebabkan mangsa mengalami trauma.
Beliau berkata faktor tekanan perasaan yang dihadapi tertuduh bukan alasan untuk dirinya melakukan kesalahan itu.
"Tertuduh juga telah melakukan kesalahan itu di kawasan awam (Berjaya Times Square) dan tindakan tertuduh boleh menjejaskan imej negara di mata pelancong," katanya.
Sebelum menjatuhi hukuman, Saifulakmal menegaskan mahkamah mengambil kira bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan serius iaitu jenayah seksual.
"Kamu (tertuduh) senyum dan kemudian menunjukkan kemaluan kamu. Tak sepatutnya kamu tunjukkan kemaluan. Dah itu nama pun kemaluan", katanya.
Bernama
Wed Jun 03 2015

Pada hari kejadian, mangsa terkejut kerana tertuduh menyentuh bahunya apabila dia menoleh ke belakang, tertuduh sedang menunjukkan kemaluannya sambil tersenyum. - Gambar hiasan

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

GSC Times Square henti operasi hujung bulan ini
Tarikh tayangan akhir di Berjaya Times Square adalah pada 26 November ini.

Program Galeri UNITI jadi platform menghayati Keluarga Malaysia
Ia memaparkan kepelbagaian seni, budaya dan adat resam yang menjadi amalan masyarakat majmuk di Malaysia.

Dipenjara 14 hari, denda RM3,000 kerana tunjuk kemaluan
Ketika rayuan, tertuduh memohon hukuman berbentuk denda atas alasan dia mengalami tekanan perasaan di tempat kerja.