awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Galeri UNITI jadi platform menghayati Keluarga Malaysia

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
04/11/2022
13:47 MYT
Program Galeri UNITI jadi platform menghayati Keluarga Malaysia
Majlis perasmian Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia di Berjaya Times Square, pada Jumaat. - Foto Kementerian Perpaduan Negara
KUALA LUMPUR: Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia yang diadakan di pusat membeli-belah Berjaya Times Square di sini disifatkan dapat menjadi platform penghayatan terhadap kepelbagaian seni, budaya dan adat resam yang menjadi amalan masyarakat majmuk di Malaysia.
Program memasuki edisi kedua anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bersama rakan strategik Berjaya Corporation Berhad itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 6 November ini dan dipenuhi pelbagai pengisian menarik.
Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, kementerian sangat komited dalam memaparkan kepelbagaian Keluarga Malaysia kepada masyarakat.
“Kementerian sangat komited dalam mengeksplorasi tapak-tapak integrasi penyatuan Keluarga Malaysia dan momen-momen ini dihimpunkan dalam bentuk sebuah galeri.
“Beberapa pengisian utama telah dijadualkan sepanjang program berlangsung merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pameran rumah KAMI; citarasa menu Keluarga Malaysia; persembahan budaya pelbagai etnik dan permainan sukan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan merasmikan Galeri UNITI Keluarga Malaysia, di sini, pada Jumaat.
Hadir sama, Ketua Setiausaha KPN, Datuk Noridah Abdul Rahim dan Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad, Senator Datuk Seri Zurainah Musa.
Pada majlis sama, Halimah turut menyampaikan sijil rakan strategik kepada Berjaya Times Square Management Corporation kerana berganding bahu memperluas jalinan kerjasama antara agensi awam dan swasta.
Katanya, peranan menggalas aspirasi perpaduan nasional adalah tanggungjawab merentasi pelbagai organisasi.
Terdahulu, edisi pertama telah diadakan pada 29 September sehingga 9 Oktober lalu di AEON BIG (M) Sdn Bhd.
Topic Berkaitan
#Galeri UNITI Keluarga Malaysia
#Halimah Mohamed Sadique
#perpaduan
#Berjaya Times Square
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan