awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diseret dari Ipoh hingga Kuala Kangsar

Sinar Harian
Sinar Harian
27/04/2019
07:25 MYT
Diseret dari Ipoh hingga Kuala Kangsar
Mohamad Haris meninggal dunia akibat kecederaan parah. -Foto Sinar Harian
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kejadian ngeri selepas digilis dan diseret sejauh 12 kilometer oleh sebuah kenderaan dalam nahas di KM272.8, Lebuh Raya Utara- Selatan arah utara, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, Mohamad Haris Mohamad Fuad, 22, berasal dari Taman Desa Jawi, Sungai Jawi, Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Difahamkan, mayat mangsa ditemukan oleh orang awam di tengah laluan lebuh raya di KM260 selepas Terowong Menora di Kuala Kangsar manakala bahagian kakinya tertinggal lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Z800 itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.
"Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti.
"Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah dan mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya.
Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Topic Berkaitan
#digilis kereta
#Lebuh Raya Utara- Selatan
#Mohamad Haris Mohamad Fuad
#Mohd Ali Tamby
#penunggang motosikal berkuasa tinggi
#Seksyen 41
#Taman Desa Jawi
#Terowong Menora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan