awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diskaun 70 peratus saman JPJ dapat sambutan memberangsangkan - Wee Ka Siong

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2021
11:19 MYT
Diskaun 70 peratus saman JPJ dapat sambutan memberangsangkan - Wee Ka Siong
Pengurangan saman ini bagi membantu orang ramai untuk membayar saman dengan kadar lebih rendah selain memberi pengajaran supaya patuh peraturan jalan raya, kata Wee Ka Siong. - Gambar fail
AYER HITAM: Tawaran diskaun sebanyak 70 peratus yang diberikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas semua saman dan kompaun mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Pengurangan saman ini bagi membantu orang ramai untuk membayar saman dengan kadar lebih rendah selain memberi pengajaran supaya patuh peraturan jalan raya.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, jika lesen ini melibatkan saman-saman lama yang tidak dibayar kompaun, mereka terpaksa di senarai hitamkan.
Katanya, jika individu mempunyai lesen dan telah disenarai hitamkan ia tetap menjadi tidak sah jika lesen tidak diperbaharui dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Kalau lesen ini melibatkan benda-benda lama yang mereka tak bayar kompaun mereka tak bayar mereka terpaksa disenarai hitamkan. Apabila disenarai hitamkan, walaupun ada lesen memandu kalau tidak diperbaharui ianya menjadi tidak sah dan boleh diambil tindakan dibawah undang-undang.
“Jadi bagi mereka yang menggunakan jalan raya apabila berlakunya kemalangan melibatkan orang yang memiliki lesen tapi tak ada lesen yang sah itu juga tidak ada perlindungan insurans,” tegas beliau lagi.
Ka Siong berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada masjid dan Surau di Dewan Komuniti Ayer Hitam di sini.
Menurut beliau, jika seseorang yang mempunyai saman dapat melunaskan baki 30 peratus saman (selepas mendapat diskaun 70 peratus), lesen memandu mereka akan dapat diperbaharui dan selain nama dikeluarkan daripada senarai hitam.
Sebelum ini, Ka Siong mengumumkan JPJ menawarkan diskaun 70 peratus selama dua bulan bermula 13 April lalu sempena sambutan ulang tahun ke -75 jabatan itu pada tahun ini.
Dalam masa sama, Ka Siong menasihatkan orang ramai supaya melakukan bayaran secara atas talian bagi mengelakan kesesakan di kaunter dan cawangan JPJ.
Topic Berkaitan
#saman
#diskaun 70 peratus
#saman jpj
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#Wee Ka Siong
#Menteri Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan