PASIR SALAK: Kejadian buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, pada minggu lalu berpunca apabila mangsa menegur rakannya agar tidak menonton video lucah.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, punca kejadian tersebut didedahkan hasil siasatan dan keterangan diperoleh daripada mangsa buli berkenaan yang berusia 13 tahun.
Menurut beliau, hasil siasatan mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan mangsa dikatakan menasihati seorang daripada suspek supaya tidak menonton video lucah di telefon bimbit.
“Mangsa juga dikatakan akan mengadukan hal itu kepada guru atau warden jika suspek terus menonton.
“Dikatakan perkara itu telah menjadi punca bahawa mangsa telah dipukul kerana suspek yang berusia 15 tahun telah marah akan teguran itu. Suspek itu kemudian mengarahkan enam rakannya untuk mengepung sebelum mangsa ditumbuk dan juga ditendang,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis perjumpaan Ketua Polis Perak Bersama Ketua Agensi Polis Bantuan Kontinjen Perak di Dewan Agro Aman Jaya, Tanjung Tualang di sini, pada Selasa.
BACA: Kes buli MRSM: Mangsa dirawat di hospital, alami kecederaan tisu lembut
Mior Faridalathrash memberitahu, polis telah melakukan tangkapan dan merakam percakapan 10 pelajar, iaitu sembilan pelajar berusia 13 tahun manakala seorang 15 tahun yang terlibat dan bersubahat dalam insiden itu.
Katanya lagi, kesemua mereka ditahan pada 10 dan 11 Disember lepas dan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokan harinya.
"Polis turut merampas 11 unit telefon bimbit yang akan dihantar ke jabatan forensik untuk melihat kandungan di dalamnya. Kita akan merujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya dan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut sebaik selepas semua siasatan selesai," ujar beliau.
Katanya, mangsa kini dirawat di sebuah hospital di Selangor dan keadaannya stabil tanpa kecederaan serius.
Jumaat lalu media melaporkan, video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut.
Video tersebut mendapat perhatian warganet dengan rata-rata mengecam tindakan pelajar-pelajar berkenaan yang membuli mangsa.
Amirrul Rabbani
Tue Dec 14 2021

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, punca kejadian tersebut didedahkan hasil siasatan dan keterangan diperoleh daripada mangsa buli berkenaan yang berusia 13 tahun. - Gambar fail

Nahas kereta api; Punca, siapa bertanggungjawab dikenal pasti
Tanpa memberikan butiran lanjut, Ashwini Vaishnaw memberi bayangan insiden terbabit mempunyai kaitan dengan sistem isyarat elektronik.

Benzema ambil keputusan bakal tinggalkan Real Madrid
Nama Benzema dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.

PN muktamad pembahagian kerusi PRN enam negeri petang ini
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu dijangka selesai kira-kira jam 5 petang.

F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya.

Pelakon veteran Bollywood Sulochana Latkar meninggal dunia
Aktres yang pernah membintangi lebih 250 filem itu menghembus nafas terakhir pada usia 94 tahun.

MoU janjikan masa depan lebih baik untuk artis Malaysia, Indonesia
Karyawan dan FESMI tandatangani MoU untuk bersama-sama menggalakkan pertumbuhan industri muzik di kedua-dua negara.

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

TUDM jalankan siasatan dalaman dakwaan anggota dibuli - Mohamad
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalankan siasatan dalaman bagi menyiasat dakwaan buli seorang anggota di pusat latihan di Kuantan, Pahang.

Pernah jadi mangsa buli, Andy Teh mula belajar taekwondo ketika usia 10 tahun
Andy juga turut bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan menggerakkan kempen antibuli di sekolah sekitar Selangor.

'Kapla', lesen, buli... Kisah benar bekas pelajar pernah bersekolah bersama 'High Council'
Fenomena drama High Council, berkisarkan buli dan fraterniti di sekolah membuka mata ramai orang, membuatkan lebih ramai cakna dengan isu buli di sekolah.

Karate mampu kurangkan risiko terdedah jadi mangsa buli
Kebanyakan pelajar yang menyertai Karate bukan sahaja dapat mempertahankan diri, tetapi mengelakkan diri daripada mangsa buli.

'Gambar saya pun kena kutuk' - Amitabh Bachchan mengaku pernah jadi mangsa buli siber
Karyawan seni Bollywood ini berkata akan sangat berhati-hati menulis atau mahu mengemas kini platform media sosialnya.

Dua laporan kes buli doktor pelatih di Negeri Sembilan - Exco
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah diminta melakukan siasatan lanjut.

Mangsa buli siber lazimnya alami kesan psikologi berpanjangan
Antara faktor berlakunya situasi tersebut adalah buli siber biasanya berlaku secara senyap tanpa mangsa kenal siapakah pembuli itu.

Kes bunuh T. Nhaveen: Tertuduh kelima didakwa di mahkamah
Seorang kontraktor hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh mangsa buli T. Nhaveen pada 9 Jun 2017.

KPWKM sentiasa terbuka, sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa buli
Rina berkata pihaknya juga akan terus bekerjasama dengan mana-mana kementerian berkaitan dalam menangani isu buli, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

Ditegur jangan tonton video lucah punca kes buli MRSM - Ketua Polis Perak
Punca kejadian didedahkan hasil siasatan dan keterangan diperoleh daripada mangsa buli berkenaan yang berusia 13 tahun.