awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditegur sebab mabuk, lelaki disyaki bunuh jiran guna helmet

Bernama
Bernama
09/10/2022
16:41 MYT
Ditegur sebab mabuk, lelaki disyaki bunuh jiran guna helmet
Suspek direman hingga 14 Okt bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan dipercayai memukul jirannya menggunakan topi keledar sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah pangsa di Damansara, Petaling Jaya semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Kota Damansara awal pagi tadi susulan laporan yang diterima pada 9.15 malam semalam.
Beliau berkata mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sepenuh masa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Mohamad Fakhrudin, sebelum kejadian mangsa telah menegur suspek kerana mabuk ketika menaiki lif bersama dan setelah keluar dari lif, suspek bersama seorang lelaki terus mengejar mangsa hingga ke hadapan rumahnya.
"Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul di bahagian kepala dengan menggunakan topi keledar dan sebatang kayu di hadapan rumahnya. Polis merampas satu topi keledar, sebatang kayu dan satu pemetik api di tempat kejadian untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan malam ini.
Suspek direman hingga 14 Okt bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu.
Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Hafizee Ismail di talian 013-3587571.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh jiran
#topi keledar
#Damansara
#anggota Rela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan