awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditenggelami air empat hari, 125 hektar sawah terjejas banjir di Bagan Serai

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/11/2020
05:45 MYT
Ditenggelami air empat hari, 125 hektar sawah terjejas banjir di Bagan Serai
Abdul Yunus (tiga, kanan) meminta pesawah membuat laporan segera kepada Jabatan Pertanian serta agensi yang berkaitan sekiranya terdapat kawasan tanaman padi yang lain terjejas akibat banjir. - Foto Jabatan Pertanian
BAGAN SERAI:Seluas 125 hektar sawah padi milik 75 petani di sini terjejas akibat ditenggelami air sehingga empat hari, ekoran banjir yang berlaku.
Antara kawasan yang terlibat ialah di Parit Air Hitam 3, Parit Mat Keling, Parit 1 & 2 Padang Lalang, Parit 3 & 4 Alor Setanggok dan Sungai Kepar.
Menurut Exco Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan Perak, Datuk Abdul Yunus Jamhari, berdasarkan tinjauannya sejak beberapa hari lalu, umur padi yang terlibat adalah antara 15 dan 40 hari.
“Punca banjir adalah disebabkan hujan lebat yang berterusan sejak 15 November, pelepasan air lebihan kolam Bukit Merah dan paras air sungai yang tinggi menyebabkan aliran air keluar menjadi perlahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Yunus berkata, Jabatan Pertanian sedang menjalankan bancian awal pada setiap lot yang terlibat bagi penyediaan permohonan bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi.
Di samping itu, katanya, pihak Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyediakan pam-pam bergerak untuk mengurangkan kesan banjir.
Sekiranya berlaku kemusnahan tanaman, laporan dan permohonan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi akan dibuat kepada pihak Kementerian. Foto Jabatan Pertanian
Sekiranya berlaku kemusnahan tanaman, laporan dan permohonan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi akan dibuat kepada pihak Kementerian. Foto Jabatan Pertanian
“Jabatan Pertanian serta agensi yang lain akan terus memantau keadaan semasa di kawasan penanaman padi kerana ramalan hujan dijangka akan berterusan pada minggu ini,” ujarnya.
Beliau meminta pesawah membuat laporan segera kepada Jabatan Pertanian serta agensi yang berkaitan sekiranya terdapat kawasan tanaman padi yang lain terjejas akibat banjir.
Jelasnya, bancian awalan serta terperinci telah dibuat dan sekiranya berlaku kemusnahan tanaman, laporan dan permohonan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi akan dibuat kepada pihak kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Umur padi yang terlibat adalah antara 15 dan 40 hari. Foto Jabatan Pertanian
Umur padi yang terlibat adalah antara 15 dan 40 hari. Foto Jabatan Pertanian
Topic Berkaitan
#sawah
#banjir
#Bagan Serai
#Abdul Yunus Jamhari
#kolam Bukit Merah
#bancian awal
#Tabung Bencana Tanaman Padi
#pam bergerak
#Sungai
#aliran air
#pesawah
#laporan
#Kemusnahan
#tanaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan