ALOR SETAR: Tular dua video memaparkan seorang lelaki cedera dipercayai dibelasah penduduk kampung kerana didakwa mencuri getah sekerap dalam kejadian di Kuala Nerang, dekat sini.
Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki yang berlumuran darah di kepala, manakala satu lagi video juga berdurasi 30 saat menunjukkan motosikal lelaki tersebut dibakar beberapa individu.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, pihak polis mengesan dua video berkaitan kejadian yang tular itu kira-kira jam 2.26 petang, Selasa.
Katanya, video dimuat naik seorang pemilik Twitter itu memaparkan kejadian dipercayai seorang lelaki dibelasah akibat mencuri hasil kebun getah milik individu lain.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8.10 malam pada Isnin di tepi jalan Kampung Nai Teh, Kuala Nerang dan satu laporan polis diterima bersabit kes curi tersebut.
"Suspek telah diserahkan orang awam kepada pihak polis dalam keadaan cedera di beberapa bahagian badan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, suspek juga telah dirujuk kepada pihak hospital disebabkan kecederaan dialami.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mulkiaman memberitahu, pihak polis turut menerima dua laporan polis berkaitan kes yang ditularkan.
Susulan itu katanya, dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api, serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Beliau menasihatkan orang ramai dan masyarakat setempat agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan dan menyebarkannya kerana kes masih dalam siasatan pihak polis. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 19 2022

Seorang lelaki cedera dipercayai dibelasah penduduk kampung kerana didakwa mencuri getah sekerap. - Video tular

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat menegnai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Tasik ini bahaya bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi.

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

Misi Kemanusiaan | Malaysia-Turkiye bekerjasama atur gerak langkah operasi
Malaysia dan Turkiye akan bekerjasama dalam mengatur operasi misi kemanusiaan ke tenggara Turki yang terjejas akibat gempa. Ia bagi memastikan saluran bantuan dapat diperhalusi mengikut keperluan.

Dituduh curi getah sekerap, lelaki dibelasah, motosikal dibakar
Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8.10 malam pada Isnin di tepi jalan Kampung Nai Teh.

Cadangan naikkan harga lantai getah sekerap akan dibincang dalam penyediaan Bajet 2023
Cadangan menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50 sekilogram akan dijadikan sebagai input dalam penyediaan Bajet 2023, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Kerajaan perlu cari formula tingkat harga getah sekerap bantu pekebun kecil
Kerajaan perlu mencari formula atau kaedah bagi memastikan harga getah sekerap ditingkatkan supaya pekebun-pekebun kecil getah di Risda dapat menikmati pendapatan yang lebih baik.

Nikah budak 11 tahun: 'Saya ikat sahaja, belum tinggal bersama'
Difahamkan isteri ketiganya itu merupakan kenalan kepada anaknya dari hasil perkahwinan bersama isteri pertama.