SHAH ALAM: Bapa kepada kanak-kanak yang meninggal dunia sewaktu mengerjakan umrah pada 14 Februari tahun lalu, Mohamad Amirul Zulkafly, 37, berharap dapat meluangkan masa lebih lama di pusara anaknya, Nur Alesha Ammara, 4, di Tanah Perkuburan Baqi', Madinah.
Mohamad Amirul yang juga seorang guru mengharapkan supaya orang ramai mendoakan giliran dia bagi menunaikan ibadah haji dipercepatkan.
"Saya harap diberikan peluang untuk berbuat demikian supaya saya boleh ziarah (kubur) arwah lebih lama kerana tempoh berada di Madinah ketika haji lebih panjang berbanding sewaktu melaksanakan umrah.
"Sejak anak meninggal dunia, hidup saya memang berubah 360 darjah. Kesedaran dan rasa ingin berkunjung ke sana (Tanah Suci) sangat kuat sehingga saya tidak pernah terfikir untuk melancong ke tempat lain walaupun berpeluang untuk berbuat demikian," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Jumaat.
Sebelum ini, Mohamad Amirul sekeluarga telah dijemput untuk mengerjakan umrah pada 4 Februari 2023 dan segala urusan berjalan dengan lancar dari Malaysia sehingga tiba di Tanah Suci.
Pada 12 Februari, Aleesha dikejarkan ke hospital di Madinah akibat demam dan menggigil tetapi dilaporkan sudah kembali normal setelah diberi rawatan.
Bagaimanapun, keadaan Alesha kembali kritikal secara tiba-tiba dan terpaksa ditidurkan selama dua hari sebelum disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dan jenazah kanak-kanak terbabit dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi' selepas Subuh pada 15 Februari 2023.
Dalam pada itu, Mohamad Amirul memaklumkan, dia telah menjual motosikal Yamaha LC135 V1 yang dimilikinya sejak 2011 kepada seorang penduduk di Sabah dengan harga RM5,100 bagi menampung kos untuk mengerjakan umrah kali kedua pada 17 hingga 28 Disember tahun lalu.
"Saya memang tekad nak jual walaupun banyak kenangan bersama arwah anak sebab saya selalu bawa dia dan abang bersiar-siar setiap petang dengan menunggang motosikal berkenaan.
"Pada mulanya saya berfikir mahu membayar secara ansuran kepada pihak agensi tapi berasa kurang selesa, maka saya membuat keputusan untuk mencari jalan penyelesaian selagi mampu dan inilah hasilnya apabila saya berjaya menjual motosikal selepas memuat naik iklan jualan di Facebook," jelasnya.
Tambah Mohamad Amirul, tiada perkataan yang mampu menggambarkan perasaan dia dan isteri, Nor Ashwa Johalim, 34, sebaik sahaja mereka tiba di Tanah Suci buat kali kedua bersama anak lelaki sulung, Mohamad Arysh Ayden, 7 serta beberapa lagi ahli keluarga yang lain.
Ujarnya, pihak agensi memberikan mereka bilik yang menghadap ke arah Tanah Perkuburan Baqi' dan Masjid Nabawi yang boleh dilihat menerusi tingkap hotel sahaja.
"Ini adalah rezeki yang ALLAH berikan kepada kami. Setiap hari saya boleh ziarah anak (Alesha) dekat kubur tetapi di sana perempuan tidak dibenarkan masuk, jadi saya akan membuat panggilan video bersama isteri dan melambai tangan ke arah dia setiap kali saya masuk (kubur).
"Pintu tanah perkuburan Baqi' dibuka dua kali sehari iaitu pagi selepas Subuh dan petang selepas Asar tapi masa berlalu sangat cepat. Kalau boleh saya nak tinggal di sana (Madinah) lebih lama, harap ada rezeki untuk menunaikan haji dalam masa terdekat dan saya meminta doa daripada semua orang supaya segala urusan saya dipermudahkan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 25 2024
Mohamad Amirul berswafoto di pusara Nur Alesha Ammara. - Foto Sinar Harian (Gambar kecil: Alesha Ammara)
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
Doakan saya dapat 'jumpa' Alesha Ammara lebih lama
Mohamad Amirul yang juga seorang guru mengharapkan supaya orang ramai mendoakan giliran dia bagi menunaikan ibadah haji dipercepatkan.