awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor gigi, jurutera ditahan memandu dalam keadaan mabuk

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/07/2020
03:07 MYT
Doktor gigi, jurutera ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Hasil saringan kedua turut mendapati paras alkohol dalam badan mereka melebihi tahap ditetapkan. - Foto PDRM
Seorang doktor gigi merupakan antara dua pemandu yang ditahan kerana didakwa memandu dalam keadaan mabuk di pulau peranginan ini, tengah malam tadi.
Doktor wanita berusia 28 tahun itu ditahan dalam ‘Ops Mabuk’ yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi ketika satu sekatan jalan raya di Jalan Pantai Tengah, Pandang Matsirat, kira-kira jam 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika ditahan, doktor wanita yang bertugas di sebuah klinik di Kuah itu gagal ujian saringan dan didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi paras dibenarkan.
Turut ditahan sejam selepas itu, seorang jurutera yang didapati memandu dalam keadaan mencurigakan.
Jurutera berumur 39 tahun itu dikatakan baru pulang daripada sebuah pusat hiburan di Pantai Cenang.
Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke IPD Langkawi.
Hasil saringan kedua turut mendapati paras alkohol dalam badan mereka melebihi tahap ditetapkan.
Kedua-dua pemandu itu ditahan untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menerusi operasi tersebut, sebanyak 35 pemeriksaan dilakukan dan 24 saman dikeluarkan ke atas pelbagai kesalahan jalan raya.
Topic Berkaitan
#Doktor
#Doktor gigi
#jurutera
#klinik
#Kuah
#Langkawi
#mabuk
#pemandu mabuk
#polis
#pusat hiburan
#Sekatan Jalan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan