awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor gigi rugi RM300,440 terperdaya tawaran kerja tidak wujud

Bernama
Bernama
08/05/2025
21:00 MYT
Doktor gigi rugi RM300,440 terperdaya tawaran kerja tidak wujud
Polis berkata, warga emas berusia 72 tahun itu menjadi mangsa selepas menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp pada 7.49 malam, 28 Feb lepas. - Foto hiasan
GEORGE TOWN: Seorang doktor gigi kerugian RM300,440 selepas terperdaya sindiket penipuan pekerjaan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad berkata, warga emas berusia 72 tahun itu menjadi mangsa selepas menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp pada 7.49 malam, 28 Feb lepas.
"Ketika berada di rumahnya, mangsa menerima mesej daripada nombor tidak dikenali yang menawarkan pekerjaan dalam talian yang menjanjikan keuntungan hingga 15 peratus.
"Mangsa yang bersetuju dengan tawaran itu diminta membuat bayaran kononnya bagi menampung kos harga barang ditempah pelangggan serta turut diarahkan mendaftar akaun perniagaan melalui satu aplikasi yang diberikan suspek," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, mangsa telah memindahkan wang RM300,440 bermula 10 Mac hingga 17 April lepas melibatkan 11 akaun bank berbeza menerusi 17 transaksi dan berasa curiga apabila tidak menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan.
Abdul Rozak berkata, suspek terus mendesak mangsa membuat bayaran tambahan, namun mangsa mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pembayaran kerana mengesyaki ditipu.
"Mangsa kemudian membuat laporan polis dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Doktor gigi
#tawaran kerja tidak wujud
#sindiket penipuan
#Polis Daerah Timur Laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan