Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan bapa kepada budak yang kepala kemaluannya terputus ketika prosedur berkhatan, menggesa Kementerian Kesihatan mengambil tindakan tegas terhadap doktor yang tidak berkelayakan melakukan prosedur berkhatan di seluruh negara.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah berkata doktor perlu benar-benar terlatih sebelum melakukan prosedur itu.
"Apa yang berlaku pada anak Aliakbar (Pakker Mohammad) tidak sepatutnya berulang. Ini merupakan perkara serius kerana budak lelaki terbabit akan menderita ketidakupayaan kekal," katanya pada sidang media selepas membuat laporan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, hari ini.
Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay berkata NGO berkenaan juga akan menghantar memorandum kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri berhubung perkara itu.
"Kami mendapat tahu bahawa polis mengesahkan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap doktor terbabit kerana tiada unsur jenayah dalam kes itu dan kes ditutup. Kenapa kes ditutup sedangkan budak lelaki itu masih menanggung penderitaan?" katanya.
Aliakbar, 40, yang turut hadir pada sidang media itu berkata sehingga kini doktor yang melakukan prosedur berkhatan ke atas anaknya tidak tampil memohon maaf kepada dirinya dan keluarganya.
"Selepas 22 hari sejak insiden itu berlaku, seluruh keluarga kami masih trauma. Dia merupakan anak tunggal anak saya. Saya berharap pihak berkuasa memandang serius perkara ini," katanya.
Pada 15 Dis tahun lepas, kepala kemaluan budak lelaki itu terputus secara tidak sengaja oleh doktor semasa melakukan prosedur berkhatan di sebuah klinik swasta dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan penyambungan semula.
Menurut Aliakbar, anaknya telah menjalani beberapa surgeri dan perlu menjalani beberapa lagi surgeri untuk rawatan pemulihan. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2017
Kementerian Kesihatan perlu mengambil tindakan tegas terhadap doktor yang tidak berkelayakan melakukan prosedur berkhatan di seluruh negara. - Gambar hiasan
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Doktor perlu benar-benar terlatih sebelum lakukan prosedur berkhatan
Kementerian Kesihatan perlu mengambil tindakan tegas terhadap doktor yang tidak berkelayakan melakukan prosedur berkhatan di seluruh negara.