KUALA LUMPUR: Malaysia dan United Kingdom (UK) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam sektor kesihatan bagi memudahkan lebih ramai doktor dan pekerja kesihatan Malaysia untuk bekerja serta meningkatkan kepakaran di negara itu.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perjanjian itu akan membuka ruang kepada doktor dan pekerja kesihatan Malaysia terutama mereka yang menamatkan latihan atau pengajian di UK untuk terus berkhidmat dengan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) UK.
"Kita mengalu-alukan MoU ini sebagai satu langkah yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Untuk UK, sudah pasti dari segi tenaga kerja yang diperlukan dalam sektor kesihatan mereka.
"Bagi Malaysia, peluang untuk doktor Malaysia menceburi bidang masing-masing di UK dan di dalam perkhidmatan kesihatan UK atau NHS," katanya pada sidang media di sini hari ini.
MoU berkenaan ditandatangani semasa pertemuan Khairy dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dengan Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK Elizabeth Truss.
Truss yang tiba di Malaysia semalam, sedang dalam rangka lawatan pertama ke rantau Asia Tenggara sejak dilantik sebagai Setiausaha Luar UK pada September lepas.
Selain itu, Khairy berkata Malaysia juga berminat untuk bekerjasama dengan UK dalam bidang penyelidikan dan pembangunan vaksin susulan penaiktarafan Institut Genom Malaysia kepada Institut Genom dan Vaksin Malaysia baru-baru ini.
Perbincangan tidak rasmi mengenai perkara itu telah dimulakan dan akan disusuli dengan perbincangan di peringkat Kementerian Kesihatan dengan Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia.
"Kita mengalu-alukan kerjasama dengan UK yang telah berjaya membangunkan vaksin AstraZeneca dan ini adalah satu bidang yang penting untuk kita bekerjasama," katanya.
Khairy turut menyatakan minat Malaysia untuk bekerjasama dengan negara itu dalam bidang rekod kesihatan elektronik, mengambil kira pengalaman UK melalui NHS yang sangat ke hadapan dalam bidang itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021
Khairy berkata perjanjian itu akan membuka ruang kepada doktor dan pekerja kesihatan Malaysia terutama mereka yang menamatkan latihan atau pengajian di UK untuk terus berkhidmat dengan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) UK. - Gambar fail/KKM
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
Malaysia berhasrat jadi 20 negara terbaik ekosistem pemula niaga global
Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.