awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor sakit puan mengaku tidak bersalah sebabkan kematian menantu TPM

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2016
03:35 MYT
Doktor sakit puan mengaku tidak bersalah sebabkan kematian menantu TPM
Doktor gigi separuh masa yang juga doktor perbidanan dan sakit puan, Ting Teck Chin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Bernama
Seorang pakar sakit puan dan doktor gigi separuh masa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semasa mendapatkan rawatan gigi Jun lalu.
Dr Ting Teck Chin, 36, membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen bagi menjawab pertuduhan di bawah 304(b) Kanun Keseksaan, yang mana telah menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Syed Alwi.
Dia didakwa menyebabkan kematian Syed Alman, dengan mengetahui bahawa perbuatannya itu mungkin menyebabkan kematian mangsa.
Perbuatan itu berlaku antara jam 6 petang dan 7 petang di sebuah klinik pergigian di Jalan Telawi, Bangsar.
Dr Ting didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Hakim Zainal L Saleh menetapkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 17 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Pada 1 Jun lalu, Syed Alman, 44, suami kepada anak sulung TPM, Datuk Nurulhidayah, dilaporkan pergi ke klinik itu pada kira-kira pukul 6 petang bersama seorang rakan.
Allahyarham kemudian dilapor tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#menantu tpm
#Nurulhidayah
#PPUM
#Syed Alman Syed Alwi
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan