awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dokumen kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA diserah, sebutan semula 26 Nov

Bernama
Bernama
15/10/2024
04:20 MYT
Dokumen kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA diserah, sebutan semula 26 Nov
Hafizul Hawari dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang hari ini. - Gambar/ Bernama
SEPANG: Mahkamah Seksyen Sepang menetapkan kes terhadap pengurus syarikat agensi pelancongan Hafizul Hawari yang didakwa cuba membunuh isterinya dan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pengawal peribadi kepada wanita itu, disebut semula pada 26 Nov.
Hakim Amir Affendy Hamzah menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam yang mewakili Hafizul, Nik Azim Azlan memohon untuk meneliti dokumen termasuk laporan kimia yang diserahkan pihak pendakwaan hari ini.
"Meminta tarikh untuk penelitian dokumen untuk melihat sama ada lengkap atau tidak dokumen-dokumen tersebut," katanya pada sebutan kes itu di sini hari ini.
Pada 25 April, Hafizul didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba membunuh isterinya Farah Md Isa, 38, di Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 1.09 pagi, 14 April.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda, dan jika menyebabkan kecederaan hendaklah dipenjara hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap pengawal peribadi isterinya itu, Mohd Nur Hadith Zaini, 38, dengan menggunakan pistol yang boleh menyebabkan kematian di lokasi, tarikh dan masa yang sama.
Bagi pertuduhan itu, Hafizul didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuba bunuh isteri
#kes tembak KLIA
#kes mahkamah
#Hafizul Hawari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan