awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dollah Salleh terlibat nahas jalan raya

Sinar Harian
Sinar Harian
18/01/2022
00:30 MYT
Dollah Salleh terlibat nahas jalan raya
Keadaan MPV dinaiki Dollah Salleh selepas terlibat kemalangan. -Foto Sinar Harian
KUALA PILAH: Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh, 59, terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabas di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir dekat sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu membabitkan MPV yang dinaiki tujuh orang penumpang serta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun.
"Mereka dipercayai dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah, Pahang menuju ke Shah Alam, Selangor.
"Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba kenderaan yang dipandu telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan laluan arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, kesemua mangsa tidak cedera namun Dollah dan isterinya, Roslina Ibrahim, 58, mengalami kesakitan di bahagian belakang tengkuk dan dada.
"Mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan dirawat sebagai pesakit luar.
“Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59),” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dollah Salleh
#amran mohd ghani
#MPV
#Roslina Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan