SHAH ALAM: Kerajaan disarankan menggunakan khidmat pakar berpengalaman khususnya yang terlibat menyelamatkan negara ketika krisis kewangan Asia 1997.
Pengerusi Proklamasi Orang Melayu menjelaskan, pakar berkenaan telah mencipta dan melaksanakan kawalan mata wang ketika itu.
"Kita sebenarnya ada orang (pakar) yang telah mencipta dan melaksanakan kawalan mata wang pada tahun 1997 dan 1998 seterusnya menyelamatkan negara kita pada masa itu.
"Orang itu masih ada, apa salahnya kalau kita panggil orang itu tolong tunjuk macam mana nak buat kawalan ringgit," katanya pada program Bicara Bangsa Tanah Aku Dulu, Kini, Ke Hadapan bersama beliau anjuran Proklamasi Orang Melayu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini pada Sabtu.
Dr Mahathir mendakwa, beliau juga pernah menyuarakan cadangan kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini agar negara agar mengikat nilai ringgit tetapi cadangan itu ditolak.
"Saya kata kita patut ikat nilai mata wang ringgit kita supaya (mata wang) tak bergerak agar bila buat bajet, bajet untuk tahun depan dapat dibuat dengan nilai ringgit tak jatuh.
"Tapi entah bagaimana saya dapat jawapan (saranan saya) tak boleh dibuat sebab kononnya bangsa lain akan mengecam kita. Tapi cara ini dulu kita buat dan kita berjaya," tegasnya.
Beliau mendakwa kerajaan yang ada hari ini tidak memberi perhatian kepada masalah ekonomi yang sedang dihadapi negara sekarang.
Dr Mahathir juga mendakwa negara kehilangan banyak peluang pelaburan kerana terdapat menteri yang mengejar gaji yang tinggi tetapi gagal melaksanakan tugas.
"Ada orang yang nak melabur mereka jumpa saya, mereka kata nak melabur di Pulau Langkawi sebanyak RM500 juta. Tapi katanya tak ada menteri yang sudi jumpa dengan dia.
"Selain itu ada juga seorang lagi yang datang jumpa saya, cakap nak melabur, tapi tak ada layanan, jadi sebenarnya bukan orang tak nak datang melabur.
"Orang nak, tapi kerana tak ada layanan mereka pergi ke Indonesia, Vietnam dan Filipina," katanya lagi.
Irwan Muhammad Zain
Sat Jul 08 2023
Dr Mahathir mendakwa, beliau juga pernah menyuarakan cadangan kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini agar negara agar mengikat nilai ringgit tetapi cadangan itu ditolak. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Pendedahan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.