awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Denmark jadi negara pertama di Eropah tamatkan penghantaran surat
Perompak tebuk dinding bank di Jerman, larikan wang dan barang kemas bernilai RM176 juta
Kerajaan Perlis isytihar esok cuti peristiwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir dijadual bahas Belanjawan 2021 pada Khamis

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2020
16:05 MYT
Dr Mahathir dijadual bahas Belanjawan 2021 pada Khamis
Tun Mahathir menerusi blog peribadinya menyatakan Belanjawan 2021 perlu diubah suai menjadi lebih realistik untuk mendapat sokongannya di Parlimen.
KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Pembekalan (Belanjawan) 2021 pada jam 11.00 pagi, Khamis di Dewan Rakyat.
Ia menyusul selepas ucapan perbahasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin dan Datuk Seri Najib Razak pada Selasa.
Terdahulu, Dr Mahathir menerusi blog peribadinya menyatakan bahawa Belanjawan 2021 perlu diubah suai menjadi lebih realistik untuk mendapatkan sokongannya di Parlimen.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau bimbang kerajaan tidak mampu membiayai belanjawan terbesar dalam sejarah itu dalam keadaan ekonomi sekarang.
Pada Isnin Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, berkata kerajaan perlu mempertimbangkan langkah peluasan moratorium, walaupun ia mungkin akan menyebabkan penyusutan keuntungan untuk sektor perbankan di negara ini.
Sementara Najib dalam ucapan perbahasan RUU Perbekalan 2021 pada Selasa menyatakan BN menyokong Belanjawan 2021 secara bersyarat dengan meminta beberapa perkara ditambah termasuk lanjutan moratorium pinjaman secara automatik sehingga Jun tahun depan dan membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#Barisan Nasional
#Belanjawan 2021
#ekonomi
#Perdana Menteri
#Tun M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan