Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan perasaan kesal kerana ideanya untuk mewujudkan kereta nasional kedua nampaknya kurang mendapat sambutan.
Perdana Menteri berkata, beliau diberitahu bahawa tidak ada siapa yang ingin lihat kereta nasional kedua dibangunkan kerana beranggapan 'cukuplah' dengan Proton yang dikatakan gagal.
Dalam tulisan di blognya, Dr Mahathir secara sinis berkata, "kita tidak layak dan tidak mampu mengadakan industri automotif."
Rakyat Malaysia, katanya, lebih rela membeli kereta import termasuk dari China selain turut memilih kereta buatan Jepun dan kereta Jerman bagi yang lebih berkemampuan.
"Saya masih ingat kereta Jepun sejurus selepas perang. Kata pengguna kalau kita toreh dengan kuku, kita akan lihat tin Milo. Tetapi dari kereta tin Milo inilah datang aneka model Toyota, Nissan dan Suzuki yang kita guna sekarang.
"Tentulah ini tidak akan berlaku dengan Malaysia. Kereta kita tetap diperbuat dari tin Milo selama-lamanya," katanya.
Dr Mahathir menjelaskan bahawa kerajaan tidak bercadang membuat kereta nasional kedua sebagai industri automotif milik kerajaan.
Beliau menarik perhatian bahawa pihak swasta di negara ini sudah mampu mereka bentuk, membuat model tanah liat dan model ujian serta mengeluarkan secara besar-besaran kereta bermotor.
"Tetapi kerana awal-awal lagi kita sudah tolak cadangan kereta nasional kedua, maka kita akan halang segala cadangan untuk mengeluar kereta bermotor oleh swasta. Sudah tentu kerajaan tidak akan ada industri automotif milik kerajaan," kata Perdana Menteri.
Dr Mahathir berkata pasaran negara kini penuh dengan segala jenis kereta import sama ada yang berkualiti baik atau "jenis tin Milo".
"Dikeluarkan oleh syarikat gergasi, mereka membolot pasaran kereta Malaysia sehingga tertimbuslah Proton. Akhirnya Proton dijual kepada orang asing. Tidak ada kereta nasional lagi. Tidak ada industri automotif lagi. Pekerja, jurutera, pengurus pun tidak mempunyai kerja lagi. Segala-galanya merosot.
"Malaysia menjadi negara pengguna, negara penanam padi, pemancing ikan. Tak mengapalah. Ini yang kita mahu dan ini yang kita dapat. Lupakanlah sahaja Wawasan 2020," kata Dr Mahathir. -- Bernama
Bernama
Tue Jul 17 2018
Dr Mahathir menjelaskan bahawa kerajaan tidak bercadang membuat kereta nasional kedua sebagai industri automotif milik kerajaan. - Astro AWANI/Fail
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Proton catat jualan 10.4 peratus melebihi prestasi 2021
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Abdullah berkata November terbukti menjadi bulan penuh peristiwa bagi Proton.
Jualan kereta Proton melonjak pada Jun
Proton Holdings Bhd mendapat manfaat susulan peningkatan jualan kereta sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Proton X70 dinamakan sebagai Kereta Terbaik Keseluruhan 2019
Proton X70 yang dilancarkan pada 12 Disember 2018 dinamakan sebagai Kereta Terbaik Keseluruhan 2019.
Jualan Proton meningkat 100 peratus, terjual 9,643 unit pada November
Pengeluar kereta nasional, Proton, mencatatkan satu lagi prestasi kukuh pada November apabila jualan tahun ke tahunnya meningkat sebanyak 100 peratus dengan 9,643 unit terjual.
Dr Mahathir pandu Proton Saga baharu kelilingi ibu negara
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memandu kereta Proton Saga baharu mengelilingi kota raya.
Ini soalan yang belum terjawab tentang 'projek kereta nasional ketiga'
Sudah hampir seminggu projek kereta nasional ketiga diumumkan dan masih banyak soalan yang belum dijawab.
Malaysia perlu bina kepakaran pertahanan sendiri - Tun Mahathir
Malaysia perlu membina keupayaan serta kepakaran dalam mencipta peralatan persenjataan sendiri.
Dr Mahathir saksi pertukaran dokumen antara Proton dan rakan kongsi di Beijing
Pertukaran dokumen itu adalah bagi perjanjian pelesenan dan teknikal berkaitan dengan kilang pemasangan pengeluar kereta nasional itu di Pakistan.
RM20 juta untuk kereta nasional ketiga, ia kritikan tidak cerdik - Redzuan
Beliau berkata, kritikan yang kononnya kerajaan akan menggunakan wang rakyat bagi projek kereta nasional adalah tidak tepat sama sekali selain disifatkan tohmahan "tidak cerdik".
Prototaip kereta nasional baharu dijangka didedah kepada umum tahun depan
Perkembangan projek itu telah dibincangkan di peringkat Majlis Pembangunan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri semalam.