awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir mengaku langgar SOP, sedia terima tindakan

Astro Awani
Astro Awani
12/05/2021
05:00 MYT
Dr Mahathir mengaku langgar SOP, sedia terima tindakan
"Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP," kata Dr Mahathir. - Foto fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ketika menghadiri sebuah program di Langkawi, 8 Mei lalu.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata kesalahan itu dilakukan beliau semasa program sumbangan raya kepada penduduk di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah.
"Saya dimaklumkan pada acara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut.
"Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP.
"Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Langgar SOP: Najib dan pengurus restoran nasi ayam di Bukit Bintang dikompaun - Polis
Jelasnya, COVID-19 adalah wabak yang serius dan penyakit itu tidak mengenali sesiapa mahu pun sempadan kawasan.
"SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini.
"Kita tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini," katanya.
Langgar SOP | Dr Mahathir mohon maaf, sedia terima tindakan
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#COVID-19
#undang-undang
#Perdana Menteri
#Langkawi
#SOP
#Mahathir langgar SOP
#Mahathir mohon maaf
#PKP
#Mahathir minta maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan