NATIONAL
Dr Mahathir positif COVID-19, dirawat di IJN

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi tujuan pemantauan selama beberapa hari selepas dijangkiti COVID-19. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan positif jangkitan COVID-19 pagi ini.
Dalam satu kenyataan ringkas oleh pejabat beliau di laman media sosialnya, Ahli Parlimen Langkawi itu telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi tujuan pemantauan selama beberapa hari.
Kenyataan Pejabat Dr Mahathir itu turut menyebut bahawa tindakan itu dibuat berdasarkan nasihat pasukan keselamatan beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami