awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir, Presiden Moon adakan perbincangan di Putrajaya

Bernama
Bernama
13/03/2019
07:56 MYT
Dr Mahathir, Presiden Moon adakan perbincangan di Putrajaya
Presiden Moon tiba di Perdana Putra untuk menghadiri perbincangan itu pada 2.30 petang dan beliau disambut Dr Mahathir serta Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah. Gambar - BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, di Perdana Putra, di sini hari ini. Presiden Moon tiba di sini untuk menghadiri perbincangan itu pada 2.30 petang dan beliau disambut Dr Mahathir serta Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah. Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa membabitkan kepentingan bersama. Selepas berbincang, Dr Mahathir dan Presiden Moon dijadual menyaksikan majlis menandatangani empat memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kerjasama perindustrian yang berkaitan dengan Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0), kerjasama dalam bidang pengangkutan dan pembangunan sebuah Bandar Pintar di Malaysia, di samping kerjasama dalam industri halal. Presiden Moon tiba di sini semalam untuk melakukan lawatan negara tiga hari ke Malaysia. Pagi ini, beliau diberi sambutan negara di Dataran Parlimen.
Topic Berkaitan
#Industri 4 0
#industri halal
#Korea Selatan
#Malaysia
#Moon Jae-in
#MoU
#Perdana Menteri
#Saifuddin Abdullah
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan