Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam untuk mengikis sikap, yang hanya mahu bergantung kepada bantuan dan pertolongan pihak lain.
Beliau berkata umat Islam seharusnya menyemai amalan rajin, beramanah dan cekap, untuk memperkukuhkan taraf sosial ekonomi dalam kalangan umat Islam.
"Kita amat sedih kerana di mana-mana sahaja, kita dapati terdapat orang Islam dibelenggu kemiskinan dan berharap kepada pertolongan orang lain. Kenapa? Kerana mereka tidak berusaha.
"Kita tahu apabila kita berniaga dan memiliki pekerjaan, kita tidak perlu bergantung kepada bantuan orang lain.
"Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya... kita memiliki kepandaian dan kemahiran, tetapi kita tidak memanfaatkannya. Itulah kita perlu kembali kepada asas ajaran Islam," katanya di majlis pertemuan bersama komuniti Islam Kemboja di hotel penginapannya, pada Isnin.
Pada majlis yang sama, Dr Mahathir turut dianugerahkan Tokoh Kepemimpinan Islam oleh komuniti Islam Kemboja, bagi mengiktiraf peranan aktif Malaysia dalam membantu masyarakat itu.
Terdahulu, Dr Mahathir turut menerima kunjungan hormat Menteri Tugas Tugas Khas, bertanggungjawab menjaga hal ehwal dan kebajikan masyarakat Islam di Kemboja, Datuk Dr Othsman Hassan.
Dr Mahathir memulakan lawatan rasmi selama tiga hari bermula hari ini, atas jemputan rakan sejawatannya, Hun Sen.
Sementara itu, Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah turut menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Kemboja, di hotel yang sama pada Isnin malam.
Hampir 300 rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di sekitar Phnom Penh, hadir pada majlis makan malam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 02 2019
Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Othsman di Phnom Penh, 2 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Keamanan dan keharmonian di Malaysia tepati ajaran Islam sebenar - Tun Mahathir
Tradisi itu telah lama berakar sejak Malaysia diisytiharkan sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat pada 1957.
Penularan fahaman bertentangan agama Islam di Sabah perlu ditangani - Mohd Shafie
Pihak yang bertanggungjawab berkaitan agama Islam perlu menjalankan amanah dengan sebaiknya bagi mengelak situasi pergolakan.