Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi cadangannya agar Dinar Emas, serta sistem barter digunakan dalam perdagangan sesama negara Muslim.
Dalam ucapan penutupnya sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, beliau berkata, ia bagi membantu mengukuhkan kadar mata wang serta meningkatkan kekuatan ekonomi di kalangan negara terlibat, tanpa terlalu bergantung kepada sistem mata wang barat.
“Perbincangan di KL Summit turut menyentuh mengenai subjek mata wang dan bagaimana kita (negara Muslim) berdagang di kalangan kita. Saya mencadangkan agar kita sekali lagi melihat kepada idea berdagang menggunakan dinar emas, serta sistem barter dalam perdagangan kita.
“Kita sedang melihat perkara ini dengan serius, dan saya harap kita dapat bersama-sama mencari mekanisme terbaik dalam memastikan ia terlaksana,” kata Pengerusi KL Summit 2019 itu lagi, di sini hari ini.
Berucap lanjut, Dr Mahathir berkata, persidangan selama tiga hari itu memberikan fokus khusus kepada topik seperti, termasuk ekonomi, sains dan teknologi, termasuk industri pertahanan.
“Tetapi aspek paling penting daripada fokus ini ialah keperluan untuk menghasilkan dan mencipta teknologi terkini.
“Selagi mana kita bergantung kepada teknologi yang dicipta oleh musuh Islam, selagi itu mereka boleh mengelak, menentukan dan mengawal usaha kita dalam menambahbaik teknologi serta sistem pertahanan kita,” jelasnya lagi.
Walaupun sidang kemuncak itu sudah sampai ke penghujungnya, Dr Mahathir berkata, jika negara peserta menguatkan resolusi mereka, ia akan menjadi satu titik permulaan kepada dunia Islam.
“Ini yang kita ingin lakukan. Kita hendak selamatkan diri sendiri serta ummah, dan kita akan terus bertahan dalam usaha ini.
"Kita berharap dari sudut ini dan seterusnya, rakan-rakan negara Muslim lain boleh melihat sendiri tujuan kita adalah semata-mata demi menyelamatkan ummah dalam merangka strategi dan teknologi canggih.
“Penguasaan ilmu ini adalah satu-satunya harapan kita untuk memastikan ummah tidak terus dibuli dan dianiaya oleh musuh kita,” katanya lagi.
Harits Asyraf Hasnan, Firdaus Azil
Sat Dec 21 2019
Dr Mahathir menyampaikan ucapan sempena majlis penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA
Selangor FC dan Terengganu FC sepakat tunda aksi
Ia susulan jadual padat Selangor FC yang akan memulakan aksi Liga Juara-Juara Asia 2 menentang Muang Thong United dari Thailand pada 19 Sept.
Penerbangan: Trafik penumpang Malaysia ambil sedikit masa untuk pulih - MIDF
MIDF mengunjurkan trafik penumpang Malaysia mencapai 94 peratus berbanding jangkaan pertumbuhan sebanyak 102 peratus sebelum itu.
Maghribi sahkan kes pertama MPOX
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi melaporkan kes pertama mpox di bandar selatan Marrakech pada Khamis, Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi MAP.
Sekurang-kurangnya 37 maut akibat banjir di Nigeria
Pasukan mencari dan menyelamat menemukan 37 mayat selepas kejadian banjir besar pada Selasa.
Op Global: 49 kanak-kanak dari rumah amal GISB ditempatkan di JKM - KPN
Sebanyak 49 kanak-kanak berusia bawah lima tahun akan ditempatkan di tiga pusat perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat \ di Selangor dan Negeri Sembilan.
AWANI Ringkas: Imigresen lanjut waktu operasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden Bolivia sertai tentera padamkan kebakaran hutan
Presiden Bolivia, Luis Arce bersama-sama menaiki pesawat bagi menurunkan air bagi memerangi kebakaran hutan yang telah memakan lebih 3,000 hektar tanah di negara Andes, khususnya di wilayah tengah Santa Cruz.
Sejuta penduduk terjejas akibat banjir di Nigeria
Sejuta penduduk di timur laut Nigeria terjejas akibat banjir yang melanda negara itu sejak awal September.
Ia turut menyebabkan beberapa fasiliti rakyat seperti jalan raya dan kawasan perumahan di bandar Maiduguri, Borno, terjejas akibat ditenggelami air.
Ia turut menyebabkan beberapa fasiliti rakyat seperti jalan raya dan kawasan perumahan di bandar Maiduguri, Borno, terjejas akibat ditenggelami air.
Trump tak mahu berdebat lagi, Harris tak cukup
Calon presiden dari parti Republikan, Donald Trump umum tidak akan menyertai satu lagi perdebatan menentang Kamala Harris menjelang pilihan raya 5 November, selepas beberapa tinjauan menunjukkan saingan Demokratnya memenangi debat presiden baru-baru ini.
[TERKINI] Pengasuh menangis teresak-esak di kandang tertuduh
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan, Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Jumaat.
Kejadian berlaku di sebuah taska di Taman Kelemak Utama, minggu lalu.
Tertuduh Nor Afifah Abdullah Shuhaimi,34 tahun menangis teresak-esak dikandang tertuduh sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Teoh Shu Yee.
Untuk laporan lanjut, kita bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Abd Kadir.
Kejadian berlaku di sebuah taska di Taman Kelemak Utama, minggu lalu.
Tertuduh Nor Afifah Abdullah Shuhaimi,34 tahun menangis teresak-esak dikandang tertuduh sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Teoh Shu Yee.
Untuk laporan lanjut, kita bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Abd Kadir.
Dr Mahathir seru negara Muslim guna dinar emas, sistem barter
Ia bagi membantu mengukuhkan kadar mata wang serta meningkatkan kekuatan ekonomi di kalangan negara terlibat, tanpa terlalu bergantung kepada sistem mata wang Barat.