awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir tidak bimbang dengan tinjauan Merdeka Centre

Bernama
Bernama
30/04/2019
14:35 MYT
Dr Mahathir tidak bimbang dengan tinjauan Merdeka Centre
DR MAHATHIR: Ketika ini kami menghadapi kendalaan akibat salah laku kerajaan lepas. --fotoBERNAMA
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak begitu bimbang dengan hasil tinjauan Merdeka Centre baru-baru ini yang menunjukkan rating penerimaan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan prestasi beliau sebagai Perdana Menteri telah merosot.
Sebagai kerajaan memerintah, Dr Mahathir berkata PH memang menjangka ia akan dikritik dan kehilangan sedikit popularitinya.
"Bila anda buat sesuatu, memang terdedah kepada kritikan, bila anda berada di pihak pembangkang apa yang anda lakukan ialah mengkritik, bila anda tidak berbuat apa-apa maka tiada apa yang hendak dikritik.
"Pilihan raya adalah berbeza, (semasa) pilihan raya (rakyat) akan membuat penilaian tepat tentang siapa yang layak untuk memerintah," kata beliau ketika ditanya pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan di sini hari ini.
Ditanya sama ada tinjauan itu akan mencerminkan Pilihan Raya Umum ke-15, Dr Mahathir berkata perkara itu masih berada jauh.
"Dalam pada itu kami akan lakukan banyak perkara. Ketika ini kami menghadapi kendalaan akibat salah laku kerajaan lepas," kata Dr Mahathir.
Menurut hasil tinjauan Merdeka Centre itu, rating penerimaan kerajaan menurun ke tahap 39 peratus pada 11 Mac lepas daripada 79 peratus pada 31 Mei 2018, manakala prestasi Dr Mahathir dalam mentadbir negara juga menurun kepada 46 peratus daripada 71 peratus pada Ogos 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#kritik
#Mahathir Mohamad
#merdeka centre
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#prestasi
#PRU15
#rakyat
#rating
#salah laku
#tinjauan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan