KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan pihak industri makanan agar mematuhi Akta Makanan 1983 pindaan 2020 yang mewajibkan pelabelan kandungan garam pada produk makanan dan minuman.
Beliau berkata langkah itu dapat membantu pengguna memahami tentang kandungan nutrisi sesuatu produk makanan atau minuman, dan secara tidak langsung menggalakkan orang ramai membeli makanan yang lebih sihat dan sesuai dengan keperluan.
Katanya berdasarkan tinjauan di pasar raya di Malaysia pada tahun 2017 hanya separuh daripada produk makanan didapati menunjukkan label kandungan garam pada maklumat pemakanan.
"Kementerian Kesihatan akan memberi tumpuan utama kepada pihak industri makanan dengan memberikan pendidikan dan kerjasama berterusan bagi memastikan mereka komited melakukan reformulasi produk makanan dan minuman agar kandungan garam dapat dikurangkan," katanya dalam kenyataan sempena Sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia yang disambut pada 14 hingga 20 Mac dengan tema 'Tak Masin Tu Ok!', hari ini.
Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata pengambilan garam berlebihan meningkatkan tekanan darah dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, strok, kanser dan penyakit buah pinggang, yang merupakan punca utama kematian penyakit tidak berjangkit (NCD) di seluruh dunia.
"Dianggarkan kira-kira 11 juta kematian di seluruh dunia dikaitkan dengan diet yang tidak sihat dan tiga juta daripada jumlah ini berpunca daripada pengambilan garam yang tinggi," katanya.
Justeru Dr Noor Hisham mengingatkan orang ramai mengehadkan pengambilan garam, dengan secara keseluruhan tidak melebihi satu sudu teh sehari termasuk garam tersembunyi bagi mengurangkan risiko penyakit NCD.
Selain itu orang ramai juga katanya perlu mengenali sumber lain garam yang mungkin tersembunyi seperti Sodium Nitrate, Sodium Bicarbonate, Monosodium Glutamate dan memilih produk yang lebih rendah atau kurang garam pada label selain Pilihan Lebih Sihat (HCL) sebagai panduan.
"Masyarakat juga perlu utamakan perisa semula jadi dalam hidangan makanan seperti bawang putih, kunyit, halia, daun ketumbar dan limau nipis dan mengurangkan garam, sos dan penambah perasa seperti monosodium glutamate (MSG), pes sedia guna, kiub dan serbuk perasa dalam masakan.
"Pengambilan makanan diproses ultra juga perlu dihadkan, di samping perlu kerap makan di rumah, dan sekiranya makan di luar, pesan hidangan kurang garam sebagai norma baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022
Pengambilan garam berlebihan meningkatkan tekanan darah dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, strok, kanser dan penyakit buah pinggang. - Gambar hiasan
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Kaya galian atau tidak, semua garam 'hampir sama' - Pakar
Apakah garam Himalaya, garam laut Celtic, dan garam mata air, pilihan yang lebih sihat berbanding garam 'meja'atau garam kilang/ garam halus yang biasa digunakan?
Dr Noor Hisham nasihat pihak industri letak label kandungan garam pada produk makanan, minuman
Tinjauan pada tahun 2017 mendapati hanya separuh daripada produk makanan menunjukkan label kandungan garam pada maklumat pemakanan.
Bahaya tambah garam dan gula kepada makanan bayi, boleh memudaratkan kesihatan
Walaupun banyak resipi yang boleh dicuba, tetapi ingat ya! Jangan tambahkan garam atau gula dalam makanan bayi.
COVID-19: Pihak swasta digalak sedia mesin pengimbas suhu badan
Perkara itu dilihat dapat membantu kerajaan mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Pengambilan garam kalangan rakyat Malaysia tinggi - Dr Lee
Beliau berkata kajian pengambilan garam populasi Malaysia (My CoSS 2017/2018) mendapati bahawa purata pengambilan garam sehari adalah sebanyak 7.9 gram atau bersamaan dengan 1.6 sudu teh garam.
Ibu dipenjara 30 tahun racun anak dengan garam demi pikat kembali hati suami
Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 30 tahun selepas dipercayai membunuh bayi lelakinya berusia 17 bulan.
Rakyat Malaysia terlebih ambil garam setiap hari
Setiap rakyat Malaysia direkodkan telah terlebih mengambil garam setiap hari, ujar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Pengguna ambil 33 peratus lebih garam daripada sepatutnya - kajian
Kajian dibuat di bandar Lithgow, Australia dengan 400 peserta kaji selidik diperiksa selepas mengambil makanan dalam jangka masa 24 jam.
Bahaya garam hanya mitos?
Kajian di seluruh dunia mendapati purata pengambilan garam ialah 3.95 gram, hampir dua kali ganda kadar yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Anda 18 tahun? Anda mungkin pengidap hipertensi!
Jika anda berumur 18 dan ke atas, anda bercenderungan mengidap penyakit tekanan darah tinggi.