awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila

Bernama
Bernama
27/09/2023
20:30 MYT
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Dr Noor Hisham memuat naik di Facebook perkongsian dari Manila selepas tiba di Filipina untuk menghadiri mesyuarat Kumpulan Penasihat Teknikal Perlindungan Kesihatan Sejagat dari 28 hingga 29 Sept ini. - Facebook Noor Hisham Ab
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan mempengerusikan sesi libat urus dan perbincangan pada mesyuarat Kumpulan Penasihat Teknikal (TAG) Perlindungan Kesihatan Sejagat (UHC) di Manila pada 28 hingga 29 Sept ini.
Dr Noor Hisham berkata mesyuarat berkenaan akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia beberapa tahun lepas.
"Kita banyak pengalaman di Kementerian Kesihatan (KKM) dan pelbagai idea kreatif dan inovasi yang telah dan sedang dijalankan boleh dikongsi bersama di rantau Pasifik," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook, Dr Noor Hisham berkata perkongsian tempatan dan serantau perlu dimanfaat bagi memperkukuhkan sistem kesihatan di wilayah Pasifik Barat.
"Pandemik COVID-19 telah mengajar kita banyak perkara penting... kita perlu bersama-sama memperkukuhkan sistem kesihatan di Pasifik Barat. Adalah penting untuk mengambil beberapa langkah awal untuk berjaya dalam masa ditetapkan," katanya.
Dr Noor Hisham dilantik sebagai ahli UHC TAG Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2 Ogos lepas, beberapa bulan selepas beliau bersara daripada perkhidmatan awam pada April tahun ini.
Pelantikannya berkuat kuasa selama tiga tahun bermula 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Manila
#TAG UHC
#sistem kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan