KUALA LUMPUR:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi jaminan akan melaksanakan semua syor berkaitan zakat yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 dengan secepat mungkin.
Zulkifli menyuarakan jaminan itu susulan Laporan Ketua Audit Negara 2019 berkenaan perbelanjaan mengenai agihan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dikeluarkan semalam.
Laporan Siri 1 itu mendedahkan sebanyak RM14.73 juta wang zakat tahun lalu bagi asnaf fisabilillah, tidak digunakan MAIWP bagi tujuan sepatutnya dan yang memerlukan mengikut keutamaan.
"Saya telah meneliti dan mengambil maklum Laporan Ketua Audit Negara 2019 berkenaan perbelanjaan menggunakan agihan wang zakat oleh MAIWP.
"Saya ingin menegaskan bahawa ini adalah satu tanggungjawab saya kepada umat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan, jua amanah daripada Allah S.W.T kepada saya yang baru memegang jawatan ini untuk memastikan amanah dan kepercayaan pembayar zakat dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin.
"Segala syor yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 akan dilaksanakan secepat mungkin. Cukuplah firman Allah SWT yang menjadi pegangan saya ini, menjadi saksi akan kesungguhan saya dalam memastikan agihan wang zakat dapat dilaksanakan seadilnya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Justeru, pihaknya turut akan memastikan setiap sen wang zakat yang dipungut di Wilayah-Wilayah Persekutuan, akan dimanfaatkan kepada lapan golongan asnaf yang ditetapkan syarak.
Antara lain, laporan berkenaan mendedahkan, kelemahan itu dikesan hasil pengauditan yang dilakukan pada pembayaran bawah Kumpulan Wang Zakat yang meliputi transaksi Januari hingga Disember 2019 serta tahun sebelumnya selain semakan terhadap 170 baucar bayaran yang menggunakan wang zakat RM206.9 juta.
Sehubungan itu, Ketua Audit Negara mengesyorkan supaya skim bantuan yang diberikan kepada asnaf fisabilillah hendaklah mengikut keutamaan dan takrifan sebenarnya serta diperincikan mengikut jenis perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan wang zakat.
Nursyazwani Saiful Sham
Fri Dec 11 2020
Dr Zulkifli akan memastikan amanah dan kepercayaan pembayar zakat dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
160 pegawai Jakim ditempatkan di hospital tangani kes kemurungan - Menteri Agama
Ini bagi menangani masalah kerohanian, kemurungan dalam kalangan pesakit dan juga kakitangan hospital sendiri akibat pandemik COVID-19
Dr Zulkifli beri jaminan akan segera tunai syor Laporan Ketua Audit Negara
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan memastikan amanah dan kepercayaan pembayar zakat dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin.
Kos umrah naik hanya anggaran, kerajaan Arab Saudi masih belum keluarkan SOP - Dr Zulkifli
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi masih belum mengeluarkan sebarang garis panduan pelaksanaan ibadat umrah dalam suasana pandemik COVID-19 yang masih belum pulih.
Dr Zulkifli cadang tangguh aktiviti masijd, surau sehingga 14 April
Datuk Seri Dr Zulkifli mencadangkan agar penangguhan semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat sehingga berakhirnya pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Mufti, Ketua Pegawai Eksekutif antara individu dilantik senator
Enam individu bakal dilantik sebagai Senator bagi membolehkan mereka mengisi barisan Kabinet gabungan baharu yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Sambut tetamu dengan akhlak baik" - nasihat Mufti KL kepada penyokong bola sepak
Penyokong Harimau Malaya diseru tampil dengan akhlak yang baik saat sebagai tuan rumah melayan penyokong pasukan pelawat nanti.
Mufti WP saran lebih ramai pihak adakan interaksi melalui program bersama banduan di penjara
Program yang dijalankan mampu menerbitkan harapan kepada banduan dalam usaha menginsafkan mereka yang pernah melalukan kesilapan sekaligus menangkis stigma negatif masyarakat terhadap mereka.
Usaha mencari Acap perlu tepati syariat, tidak pohon dengan makhluk lain - Mufti Wilayah
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meluangkan masa pada Selasa meninjau operasi pencarian peserta Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hassan.
Pendidikan Seks: Jangan disensasi, rujuk dulu Al-Quran, Hadis - Mufti Wilayah Persekutuan
Ia harus dilaksanakan dengan penuh peradaban yang tinggi agar ia tidak menjadi satu mata pelajaran yang sensasi kepada pelajar sekolah.