BALIK PULAU: Draf Rang Undang-undang pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bagi menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran melalui laluan paralel (parallel pathway), telah siap dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk semakan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata beberapa sesi libat urus juga akan dilaksanakan dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan pihak berkepentingan lain sebelum dibentang dalam Kabinet.
"Apa yang berlaku baru-baru ini dalam mesyuarat Kabinet, saya membentangkan bersama Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) satu Memorandum Jemaah Menteri terkait dengan kemelut latihan kepakaran atau parallel pathway.
"Di luar negara ada 14 program, 29 program Sarjana Perubatan dijalankan sembilan universiti tempatan dan kesemua itu kita garapkan sekali selepas KKM (Kementerian Kesihatan) berdepan dengan pelbagai kontroversi dan akhirnya merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan undang-undang," katanya pada sidang media selepas merasmikan bangunan baharu Klinik Kesihatan Air Putih di sini hari ini.
Beliau berkata pindaan akta itu dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 yang akan datang dan dibahaskan.
Isu parallel pathway menjadi tumpuan apabila Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Universiti Teknologi MARA (UiTM) membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan Bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus dalam bidang kardiotoraks sama seperti institusi itu menerima pelajar antarabangsa.
Ia selepas MMC menolak permohonan empat pakar bedah kardiotoraks untuk disenarai dalam Daftar Pakar Kebangsaan kerana Fellowship of Royal College of Surgeons of Edinburgh in Cardiothoracic Surgery (FRCS Ed) yang diperoleh mereka tidak diiktiraf.
UiTM merupakan universiti tunggal di negara ini yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara dalam bidang kardiotoraks.
Dalam perkembangan lain, Dzulkefly memaklumkan kesemua 194 negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diberikan tempoh 10 bulan bagi meneliti pindaan bersasar terhadap Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) yang dipersetujui di Persidangan Kesihatan Sedunia Sesi Ke-77 (WHA77) di Geneva, Switzerland pada 1 Jun lepas.
"Apapun yang kita tandatangani baru-baru ini bukan satu bersifat final atau muktamad dan akan kembali diteliti dalam beberapa lagi siri perjumpaan antara negara anggota. Jadi semua (negara) bawa balik draf yang kita telah meterai untuk diperhatikan, diberikan 10 bulan untuk membuat apa-apa maklum balas dan pandangan," katanya.
Dzulkefly telah mengetuai delegasi Malaysia ke Geneva untuk WHA77 yang antaranya membincangkan perkembangan rundingan bagi Pindaan Bersasar IHR 2005 dan rundingan bagi penyediaan Perjanjian Pandemik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bercakap pada sidang media selepas merasmikan Klinik Kesihatan Air Putih di hari ini. - Foto Bernama
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Draf pindaan Akta 50 dikemuka kepada AGC untuk semakan - Dr Dzulkefly
Draf Rang Undang-undang pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) telah siap dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk semakan.