awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Draf undang-undang Majlis Media diteliti KKD, Jawatankuasa Kerja Sementara

Bernama
Bernama
13/03/2023
13:33 MYT
Draf undang-undang Majlis Media diteliti KKD, Jawatankuasa Kerja Sementara
KKD menyatakan, penubuhan Majlis Media Malaysia dan rang undang-undang yang dicadangkan hendaklah mengambil kira peruntukan undang-undang Persekutuan serta undang-undang negeri sedia ada berkaitan dengan media.- Foto PIXABAY
KUALA LUMPUR: Draf Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia yang sedang dikemas kini akan dibincangkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama Jawatankuasa Kerja Sementara dalam masa terdekat.
Kementerian terbabit menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini memaklumkan KKD telah mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa berkenaan pada 1 Mac lepas bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kandungan draf rang undang-undang daripada jawatankuasa itu supaya lebih spesifik dan boleh diukur.
"Penubuhan Majlis Media Malaysia dan rang undang-undang yang dicadangkan hendaklah mengambil kira peruntukan undang-undang Persekutuan serta undang-undang negeri sedia ada berkaitan dengan media.
"Peranan dan fungsinya juga perlu jelas bagi memastikan tiada pertindihan skop undang-undang penubuhan Majlis Media Malaysia dengan peruntukan undang-undang serta kawal selia sedia ada oleh pihak kerajaan," menurut jawapan itu.
Kementerian itu memaklumkan demikian bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang ingin tahu perkembangan cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia dan perkembangan penggubalan rang undang-undang bagi penubuhan majlis itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#KKD
#undang-undang
#Majlis Media Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan