KOTA KINABALU: Seorang wanita yang memandu sebuah kenderaan curi mengambil tindakan nekad dan drastik untuk melarikan diri sehingga merempuh beberapa kenderaan lain.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi itu melibatkan sebuah kenderaan Toyota Hilux dikatakan telah dilihat pemilik sebenar di kawasan berhampiran Pasar Filipina.
Pemilik kemudian bertindak untuk menghubungi polis dan berlaku insiden kejar-mengejar kenderaan, sehingga pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superitendan George Abd Rakman berkata, bertindak atas maklumat, pasukan unit peronda MPV polis telah mengesan kedudukan kenderaan berkenaan di Jalan Tanjung Lipat.
Namun, suspek wanita berusia 35 tahun itu tidak menghiraukan arahan untuk memberhentikan kenderaan, malah bertindak memecut kenderaan dan melarikan diri.
“Dua kereta MPV yang turut dibantu pasukan trafik cuba sekali lagi menghalang kenderaan suspek melarikan diri di kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS), namun suspek terus merempuh sekatan jalan dan terus menuju ke Jalan Sepanggar.
“Semasa di hadapan lampu isyarat Tebobon, Jalan Sepanggar, kenderaan suspek tersekat akibat kesesakan lalu lintas dan ketika cuba menahannya, suspek sekali lagi cuba melarikan diri menggunakan lorong kecemasan,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Suspek kemudian bertindak mengundurkan kenderaan secara mengejut dan laju sehingga menyebabkan kecederaan pada seorang anggota polis.
George berkata, pihak polis kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan berkenaan sehingga menyebabkan ia tidak dapat bergerak.
“Pasukan polis kemudiannya berjaya memecahkan tingkap hadapan kenderaan dipandu suspek dan terus menahan suspek untuk tindakan lanjut.
“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan berkenaan, polis turut menemui syabu dipercayai untuk kegunaan suspek,” katanya lagi.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit bersalah.
Eleanor Michelle Patrick
Mon Feb 14 2022
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superitendan George Abd Rakman menunjukkan kenderaan curi yang mencetus drama kejar-mengejar di sekitar bandar Kota Kinabalu. - Astro AWANI
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Lelaki didakwa ambil dadah, curi kenderaan, langgar mati warga emas
Lee Han Chai, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Polis siasat kes curi kereta, culik pelajar di Ranau
Beberapa video tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta dihalang sebuah kenderaan polis dan juga orang awam, sebelum anggota polis itu bertindak menahan suspek yang berada dalam kereta tersebut
Lelaki cedera ditembak ditahan untuk siasatan curi kenderaan
Seorang lelaki tempatan yang cedera dipercayai akibat terkena dua das tembakan ketika cuba melarikan diri menggunakan kenderaan yang dicuri, telah ditahan polis di Hospital Bentong, semalam.
Kes curi kenderaan di Petaling Jaya meningkat sebanyak 20.7 peratus
Sebanyak 82 kes kehilangan kenderaan dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini berbanding 65 kes tempoh yang sama tahun lepas.
Empat ditahan disyaki curi kenderaan, menyamar penjawat awam
Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan dalam beberapa siri tangkapan pada Ahad lepas dan awal pagi ini, disyaki terlibat kes curi kenderaan dan menyamar sebagai penjawat awam.
Tujuh ditahan kes curi kenderaan, pecah rumah
Tangkapan suspek berusia di antara 26 dan 58 tahun itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh.
Pura-pura pandu uji sebelum larikan pacuan empat roda
Tidak sampai tiga jam selepas melarikan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dari sebuah kedai menjual kenderaan terpakai di Jalan Langgar, di sini, seorang lelaki berjaya ditahan polis, pada Rabu.
Remaja 13 tahun antara 18 ditahan disyaki curi kenderaan
Polis menahan 18 individu termasuk seorang remaja berusia 13 tahun disyaki terlibat dengan kes curi kenderaan di sekitar bandar raya Kuching.
Pemandu Myvi cetus provokasi ditahan semula berhubung kes curi kenderaan
Pemandu kereta Perodua Myvi yang ditahan kerana melakukan provokasi serta menghalang pemandu lain di jalan raya Isnin lepas ditahan semula berhubung kes mencuri kenderaan.
26 kenderaan mewah diklon, polis tahan sembilan lelaki - Ketua Polis KL
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, nilai kenderaan mewah yang dirampas semula mencecah RM3 juta.