KUALA LUMPUR: Dua syarikat agensi pekerjaan dalam negara dikesan terlibat dalam jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara melibatkan rakyat Malaysia.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hasil penguatkuasaan polis, lapan individu daripada dua syarikat terbabit telah ditahan.
"Setakat ini, dalam pengetahuan saya menerusi taklimat oleh polis, ada dua syarikat agensi pekerjaan dalam negara kita yang ditangkap. Ada lapan individu ditangkap dalam dua agensi ini," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai tindakan kerajaan terhadap agen dan agensi pekerjaan yang didapati terlibat dalam sindiket penipuan tersebut.
Pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, Saifuddin menjelaskan syarikat agensi pekerjaan itu beroperasi di Lembah Klang dan kesemua individu yang ditangkap didakwa di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).
Sementara itu, di dalam Dewan Rakyat, Saifuddin Nasution berkata terdapat empat kategori mangsa dikenal pasti hasil profiling yang dilakukan polis terhadap mereka yang diselamatkan daripada sindiket berkenaan antaranya melibatkan individu yang benar-benar tertarik dengan iklan tawaran pekerjaan di luar negara sebelum dipaksa menjadi love scammer dan scammer pelaburan.
Beliau berkata kategori kedua pula melibatkan mereka yang sudah bekerja sebagai scammer dan berjaya namun apabila tidak mencapai sasaran yang dikehendaki majikan, mereka mula menghubungi pihak berkuasa untuk diselamatkan.
"Melalui profiling yang kita buat ini, ada juga kita dapati mereka pergi (ke luar negara) awal lagi untuk aktiviti perjudian dan apabila kalah mereka pinjam 'Ah Long' kemudian mereka tidak dapat balik dan hubungi polis kata mereka mangsa.
"Kategori terakhir kita berjaya bawa balik tetapi dia pergi semula. Hancur luluh pasukan polis apabila diberitahu kita kesan mereka pergi semula dan mereka hubungi minta tolong selamatkan mereka. Ini bukan fakta awang-awangan," katanya.
Menjawab soalan asal Sim berkenaan jumlah terkini rakyat Malaysia yang terlibat dan telah diselamatkan, Saifuddin Nasution berkata dianggarkan 339 individu terlibat dan daripada jumlah itu, 218 telah diselamatkan dan baki 121 dalam kategori terkandas.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai langkah kerajaan memperkukuhkan jenayah siber, Saifuddin Nasution berkata satu rang undang-undang berkaitan usaha menangani ancaman jenayah siber akan dibawa ke Parlimen, Julai nanti.
"Aspek perundangan ini penting kerana jenayah ini merupakan jenayah yang sangat kompleks, sofistikated dan dinamik bermaksud elemen undang-undang sedia ada dalam negara belum sempurna lagi untuk membendungnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hasil penguatkuasaan polis, lapan individu daripada dua syarikat terbabit telah ditahan. - Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Dua agensi berlesen disiasat PDRM, dipercayai dalang sindiket penipuan pekerjaan
Polis sedang menyiasat dua syarikat agensi pekerjaan tempatan di bawah Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) PDRM.
Dua agensi pekerjaan terlibat penipuan tawaran kerja di luar negara
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hasil penguatkuasaan polis, lapan individu daripada dua syarikat terbabit telah ditahan.
Permohonan kuota khas pekerja asing: Terima surat tidak bermakna diluluskan - Saravanan
"Walaupun ada surat sokongan daripada menteri sekalipun, mereka masih perlu membuat permohonan mengikut SOP yang ditetapkan."
Anda cari kerja? Ini yang anda perlu tahu
Perekrut pekerja senaraikan 15 perkara yang menjelekkan berkenaan dengan pencari kerja di Malaysia.