KUALA LUMPUR: Dua anggota polis antara empat individu ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan telah diarah untuk melakukan siasatan terhadap kejadian itu pada hari kejadian.
Beliau berkata hasil siasatan turut membawa kepada penahanan dua Orang Kena Tuduh (OKT) lain.
"Oleh itu, kesemua mereka direman di Mahkamah Majistret Taiping selama tujuh hari hingga 20 Jan depan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Semalam, polis mengesahkan seorang OKT lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di sebuah lokap di IPD Taiping.
OKT berusia 63 tahun itu merupakan tahanan tumpang dari Penjara Taiping.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022
Dua anggota polis antara empat individu ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap. - Gambar hiasan
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Dua anggota polis ditahan kes rogol penuntut asing, samun
Dua anggota polis ditahan disyaki terlibat dalam kes samun dan rogol pelajar kolej swasta di Bukit Ampang View pada Selasa.
Tiga anggota polis ditahan curi RM85,000 semasa operasi di 'Mini Dhaka'
Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000 ketika operasi di Jalan Silang.
Tiga anggota polis antara ditahan disyaki kurung dan peras ugut lelaki warga asing
Polis menahan tiga anggotanya pada Jumaat lepas kerana disyaki memeras ugut dan mengurung seorang lelaki warga asing.
6 anggota polis ditahan berhibur di pusat hiburan, seorang positif dadah
Enam anggota polis disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Setiawan, Perak, ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, pada Sabtu lalu.
Tahanan lokap berpusat lolos: Enam anggota polis ditahan bantu siasatan
Enam anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.
Koperal, lans koperal ditahan positif dadah
Kedua-dua anggota berusia 31 dan 33 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dua anggota polis antara empat ditahan bantu siasatan tahanan mati dalam lokap
Dua anggota polis antara empat individu ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.
Cubaan bawa masuk barang dilarang ke dalam lokap, 2 anggota polis ditahan
Cubaan dua anggota polis yang dipercayai cuba membawa masuk barangan ke dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh gagal setelah ditahan.