KUALA LUMPUR: Dua anggota polis yang bertugas di Bukit Aman antara empat individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang lelaki membabitkan nilai jutaan ringgit di sebuah kondominium.
Dua sarjan iaitu Ahmad Shahrizan Ab Rahman, 42, dari Bahagian Risikan, Operasi, Rekod Jenayah (D4) dan Mohamad Shawal Chekman, 40, dari E9 Cawangan Khas serta Khairul Anwar Ahmad, 40, dan Muhammad Firdaus Zainal, 27, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Empat lelaki itu didakwa bersama-sama melakukan rompak berkumpulan ke atas Mohammad Syafiq Hazane Dzulfikri, 25, di Irama Wangsa Kondominium, Seksyen 10, Wangsa Maju, pada 8.30 malam, 25 Mei lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip berkata pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.
"Sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, saya mencadangkan setiap tertuduh dijamin RM50,000 dengan seorang penjamin kerana ia membabitkan nilai rompakan jutaan ringgit," kata Nidzuwan.
Peguam Mohamed Yazzer Azzad Zainudin, yang mewakili dua anggota polis itu memohon agar mahkamah membenarkan kedua-dua anak guamnya diikat jamin dengan jumlah yang rendah.
"Tertuduh pertama, iaitu Ahmad Shahrizan adalah anggota polis D4 yang bertugas di Bukit Aman. Dia yang telah bercerai dan kini menanggung empat anak telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia selama 16 tahun dan berpendapatan RM3,000 sebulan.
"Anak guam saya juga pernah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada 2009 dan 2018," katanya.
Mohamed Yazzer berkata Mohammad Shawal pula yang merupakan anggota polis bertugas di E9 Cawangan Khas menanggung empat anak dan pernah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada 2021.
Sementara itu, peguam Mohamad Rohan Mohamad Razi mewakili dua lagi tertuduh memohon kedua-dua anak guamnya diikat jamin RM3,000.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 31 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Isu sijil halal: Teresa Kok selesai beri keterangan di Bukit Aman
Teresa tinggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas keterangannya direkodkan lebih sejam 30 minit.
Isu sijil halal: Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan
Teresa ditemani peguam Syahredzan Johan tiba kira-kira pukul 9.42 pagi.