awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua anggota polis maut dirempuh lori ketika berkonvoi

Astro Awani
Astro Awani
12/10/2017
13:19 MYT
Dua anggota polis maut dirempuh lori ketika berkonvoi
Keadaan kemalangan yang meragut nyawa dua anggota polis di Kilometer 139 Jalan Kuala Terengganu Kuantan petang tadi. - Foto: Nur Fazlizai Ali @ Omar
Dua anggota trafik maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggani mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 139 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan, Kemaman, Terengganu pada khamis.
Nahas kira-kira pukul 2.55 petang itu menyebabkan Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, dan Koperal Suresh A/L Itchang, 36, maut di tempat kejadian.
Ketika kejadian dua anggota yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun itu dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata mangsa bersama tujuh pegawai dan 18 anggota dalam konvoi latihan dalam perkhidmatan menunggang motosikal berat jarak jauh daripada Mersing, Johor ke Kuala Terengganu.
Mohd Said berkata, sebuah lori jenis Kia dipercayai telah memasuki laluan konvoi lalu merempuh dua motosikal jenis CBX 750 yang ditunggang mangsa.
“Ekoran kejadian itu kedua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika di hubungi,pada Khamis.
Mohd Said berkata mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk di bedah siasat.
Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Kemaman
#konvoi
#Lori
#maut
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan