Dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menerima dan meminta rasuah sebagai dorongan untuk melepaskan seorang lelaki yang ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu pada Ogos 2017.
Tertuduh Koperal Baharrudin Tuge, 42, menghadapi tiga pertuduhan manakala Lans Koperal Mohd Izzam Gorudin Abdullah, 33, satu pertuduhan.
Dalam pertuduhan pertama, Baharrudin didakwa meminta suapan wang tunai sebanyak RM500 daripada Shafiqqurazi Alitus di Jalan Inobong Putatan, dekat sini pada pukul 4.30 petang, 7 Ogos, 2017 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya yang ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu.
Baharuddin juga didakwa memperoleh satu suapan wang tunai sebanyak RM300 daripada Shafiqqurazi atas alasan yang sama di Maybank Cawangan Donggongon, Penampang pada pukul 10.41 pagi, 8 Ogos 2017.
Bagi pertuduhan ketiga, Baharrudin didakwa meminta wang suapan sebanyak RM1,500 daripada majikan Shafiqqurazi sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan ke atas pekerjanya di hadapan pejabat The Light Residences Condominium, Penampang dekat sini, pada pukul 3.20 petang, 7 Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua Baharuddin didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama manakala pertuduhan ketiga tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16(a) (B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.
Sementara Mohd Izzam Gorudin dituduh meminta suapan sebanyak RM2,500 daripada Shafiqqurazi Alitus di Jalan Inobong, Putatan pada pukul 2.30 petang, 7 Ogos 2017, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya yang ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16(a) (B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Hakim Abu Bakar Manat membenarkankan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Michael Joimin, manakala kedua-dua tertuduh diwakili oleh Peguam Mohd Azhier Arisin dan sebutan semula kes pada 8 Sept depan.
--BERNAMA
Bernama
Wed Jul 22 2020
Mohd Izzam (kiri) dan Baharrudin (tengah) mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah pada 2017 di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Rabu. --fotoBERNAMA
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.