KUALA TERENGGANU: Polis menahan empat individu termasuk dua beradik kerana melakukan aksi 'superman' dan 'wheelie' ketika menunggang motosikal dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan selama dua hari bermula Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintenden Ismail Man berkata, dua beradik yang berasal dari Dungun itu ditahan selepas menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya.
Menurutnya, dua beradik berusia 26 dan 21 tahun berkenaan dikesan berlumba sambil melakukan aksi berbahaya termasuk 'zig zag' bersama seorang individu lain di Gong Balai, Marang, manakala seorang lagi ditahan di Setiu.
"Secara keseluruhannya, sebanyak 854 buah kenderaan dan 939 individu telah diperiksa sepanjang operasi yang diadakan di seluruh negeri.
"Selain itu, sebanyak 519 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk tidak mempunyai lesen memandu, mengubah suai ekzos, nombor pendaftaran, tiada perlindungan insurans dan cermin sisi," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Menurut Ismail, sebanyak 13 motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 (1), manakala empat lagi disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau berkata, operasi tersebut melibatkan 11 pegawai kanan dan 45 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik di semua peringkat daerah di negeri Terengganu.
"Operasi ini diadakan bagi mengesan penunggang motosikal yang gagal mematuhi peraturan lalu lintas di samping mengenal pasti motosikal yang diubah suai bagi kegiatan samseng jalanan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 23 2022

Anggota polis sedang melakukan pemeriksaan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan selama dua hari bermula Jumaat. -Foto Sinar Harian

Jenayah | Suami isteri ditemui mati dibunuh di rumah sendiri
Sepasang suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka di Taman Bercham Aman, Ipoh, pada pagi tadi. Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun ditemui di ruang tamu rumah berkenaan.

Aidiladha | Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan naik harga
Para peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam dan telur meskipun mendapat permintaan yang tinggi menjelang perayaan Aidiladha nanti. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu,Saharuddin Mohd Kia peniaga tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian dan perlu patuh kepada harga siling RM9.40 yang ditetapkan.

Rakyat Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung pagi ini
Peguamnya Too Xing Ji mengesahkan yang Kalwant telah menjalani hukuman.

Suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga
Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditemui di ruang tamu rumah berkenaan.

Alasan kenaikan OPR untuk kurangkan kadar inflasi sukar diterima - Asyraf Wajdi
Katanya, keluarga yang mempunyai beberapa pinjaman bank mungkin akan bertambah perbelanjaan bulanan sebanyak ratusan ringgit.

Keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO diketahui selewat-lewatnya 16 Julai - ROS
Pindaan perlembagaan UMNO ialah bagi memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Seorang maut, empat parah nahas tiga kenderaan
Kesemua mangsa parah dihantar ke PPUKM dan HKL manakala mayat mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kemalangan | Pemandu maut rempuh tembok pembahagi plaza tol
Seorang pemuda maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh tembok pembahagi Plaza Tol Penchala arah selatan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) awal pagi tadi.

Banjir | Pahang bantu hantar 150 sukarelawan ke Baling
Pahang menghantar 150 sukarelawan bersama bantuan kemanusiaan dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir di Baling, Kedah, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Menurutnya, ia terdiri dari Majlis Tindakan Sosial Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan Skuad Bencana Pahang termasuk sukarelawan dari beberapa daerah lain di negeri itu.

Aktiviti membeli saham murah dorong FBM KLCI dibuka tinggi
Pada jam 9.05 pagi, indeks utama meningkat sebanyak 2.44 mata kepada 1,423.29 daripada 1,420.85 penutupan urus niaga Rabu.

Dua beradik antara 4 ditahan lakukan aksi 'superman', 'wheelie'
Dua beradik yang berasal dari Dungun itu ditahan selepas menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya.